Senarai Blog...Geng

Rabu, Mei 27, 2015

TERKINI!! HOT!! : RAHSIA PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT TERBONGKAR!!

Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang akan berlangsung di Kuala Selangor bulan depan akan menjadi medan penentu sama ada Pas akan berundur atau terus kekal dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pada umumnya: "Presiden (parti) boleh cadangkan, Majlis Syura (Ulama) boleh cadangkan (keluar daripada pakatan pembangkang) tetapi keputusan itu bergantung kepada muktamar ... kuasa itu kuasa muktamar. Itu adalah kaedah kami dalam organisasi."   

Beliau bagaimanapun berkata, Pas Kelantan masih belum memutuskan untuk memberi sebarang cadangan keluar daripada pakatan pembangkang pada muktamar  berkenaan.   

"Ini kami tengok dalam muktamar ... kami dengar ucapan dasar (Presiden parti) dan dari situlah (kami akan buat keputusan). Jadi mungkin negeri lain ada cadangan, itu saya tidak tahulah. Tapi bagi Kelantan perkara berkenaan belum dibincangkan lagi," katanya.   


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini, ketika diminta mengulas mengenai beberapa serangan pimpinan DAP terhadap Pas kebelakangan ini terutama berkaitan isu hudud.  

Mohd Amar yang juga anggota jawatankuasa Pas pusat mengulangi pendirian bahawa parti itu mampu untuk berjuang bersendirian walaupun tanpa sokongan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang.   

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, parti itu pernah melalui perjuangan secara solo selepas meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) serta Barisan Alternatif (BA) dahulu.

"Kami sentiasa bersedia sebenarnya tapi kalau saya cakap, orang (kata macam) cakap sombong. Tapi macam saya sebut kami ada pengalaman bersendirian ... kami akan hadapilah sebab kami sudah ada pengalaman itu," katanya.

sh

5 ulasan:

  1. Dalam Pas ini orangnya.kalau keluar perkataan dari mulut beliau Pas jadi haru hijau,dalam BN kalau kelaur dari mulut ahmad mazlan BN jadi haru biru .sama je

    BalasPadam
  2. 'mereka menunggu tgna menjadi arwah dahulu sebelum mengharubirukan pas..

    BalasPadam
  3. Rasanya dah kurang menarik dengan PAS. Kalau orang bawahan bercakaran tu lain jugak, ini yang bercakaran pihak atasan PAS. Aduhhh. dah macam meluat nak ikuti perkembangan PAS ni. Presiden pun dah jadi macam Najib, diam aje tanpa ada usaha mahu memperbaiki ikatan. Entah ler.. Mudah2an orang2 berilmu ini akan tetap teguh imannya.

    BalasPadam
  4. parti islam ni penuh dengan orang bangang yang islam pada nama aje

    BalasPadam
  5. Tuan2 semua jangan lupa, Putrajaya bukan matlamat PAS.

    Matlamat utama PAS hanya untuk menegakan hukum Hudud je.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...