Senarai Blog...Geng

Khamis, Mei 28, 2015

HOT!! : 5 SOALAN PANAS KEPADA PRESIDEN PAS...

Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini meminta Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan komitmennya terhadap PR dengan menjawab lima soalan mudah.

Lima soalan itu ialah mengapa Abdul Hadi memungkiri komitmen Pas kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan jaminan peribadinya kepada pimpinan pakatan; menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di tengah-tengah kemelut skandal RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB); dan mahu mewujudkan 'kerajaan perpaduan' bersama Umno?

Guan Eng dalam kenyataan di sini hari ini turut mempersoalkan mengapa Abdul Hadi enggan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini.

Satu lagi soalan ialah mengapa mengisytiharkan bahawa menjadi kewajipan umat Islam untuk menyatakan kemarahan terhadap DAP kerana membantah undang-undang hudud, tanpa menyebut tentang orang Islam lain, orang bukan Islam, serta rakyat Sabah dan Sarawak yang turut membantah undang-undang hudud.


Guan Eng berkata walaupun sebelum ini Abdul Hadi dilaporkan berkata bahawa setakat ini Pas masih bersama PR, Ahli Parlimen Marang itu mesti membuktikan komitmennya dengan menjawab lima soalan berkenaan.

"Bukan sahaja Abdul Hadi, malah pimpinan senior Pas juga telah mengelak daripada menjawab lima persoalan ini dengan cuba menyalahkan DAP jika terjadinya perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

"Hanya kerana mempersoalkan lima perkara ini, beberapa pimpinan Pas telah menyerang DAP lebih hebat daripada mereka menyerang Umno. Namun, DAP mesti terus konsisten dengan prinsip dan mempersoalkan lima perkara ini, bukan sahaja selepas Muktamar Tahunan Pas ke-61 tetapi juga sebelum ia berlangsung," katanya.

Beliau berkata DAP tidak akan membiarkan mereka dibisukan oleh pemilihan parti Pas bagi menghalang parti itu daripada menyatakan apa yang benar dan mempertahankan yang hak daripada yang batil.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kenyataan-kenyataan Abdul Hadi sebelum ini tidak konsisten dengan perakuan taat setia dan menyokong PR.

"Jika Abdul Hadi tidak boleh mengotakan janjinya, bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan Abdul Hadi atas dasar hormat dan percaya," katanya.

Beliau berkata, pimpinan tertinggi DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat pada 25 Mei lepas mengulangi kesediaan untuk berhadapan sebarang kemungkinan bagi Pakatan Rakyat pada masa akan datang sekiranya Abdul Hadi berjaya mengekalkan jawatannya sebagai presiden Pas.

sh
      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...