SHAH ALAM – Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek hari ini menafikan penyebaran
gambar paparan skrin yang menunjukkan ‘jaminan’ beliau bahawa tiada
kenaikan harga minyak akan berlaku bulan depan.
Beliau menafikan perkara itu melalui laman Facebooknya, hari ini dengan menyifatkan penyebaran itu suatu kebiadaban.
“Satu kebiadaban dan sikap yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Melalui paparan skrin yang menggunakan namanya itu, ia turut menyebut
bahawa beliau rela hati meletakkan jawatan sebagai menteri jika harga
minyak naik.
Hari ini, kerajaan akan mengumumkan harga minyak baru bagi April 2015 yang bakal terpakai untuk tempoh sebulan.
sh
sepupu rosamah rupanya....
BalasPadam