KERAJAAN melantik tujuh bank yang akan bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mengutip cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, bank terbabit ialah RHB Islamic Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, Public Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Bhd dan Hong Leong Islamic Banking Bhd.
“Bank-bank yang dilantik ini bukan ejen memungut cukai bagi Kastam sebaliknya ia menyediakan kemudahan pembayaran. Bayaran itu akan masuk ke akaun JKDM,” katanya pada sidang media selepas menandatangani perjanjian dengan wakil bank terbabit, semalam.
Khazali berkata, perniagaan yang berdaftar GST boleh memanfaatkan semua kemudahan yang disediakan oleh bank terlibat termasuk perkhidmatan kaunter, mesin deposit dan laman sesawang untuk membuat pembayaran GST.
Menurutnya, bank yang terlibat mempunyai cawangan di seluruh negara, sekali gus menambah kecekapan kutipan GST.
"Kastam mengalu-alukan bank tempatan dan antarabangsa yang lain membuat permohonan untuk menjadi rakan strategi kepada Kastam bagi menyediakan ruang pilihan lebih banyak kepada orang berdaftar untuk membuat bayaran,” katanya.
Mengulas insiden bantahan kumpulan anti-GST, Isnin lalu, Khazali berkata, mereka menuntut jawapan kepada 106 soalan berhubung GST dengan niat memperlekeh tahap persediaan Kastam dalam pelaksanaan sistem cukai baharu itu.
“Kami sudah sedia untuk melaksanakan GST sekalipun banyak komen negatif. Soal persediaan tidak menjadi isu, semua pihak bersedia termasuk rakyat Malaysia.
“Kami bersedia menjawab 106 soalan itu dan ia akan dimuat naik ke laman sesawang rasmi GST dalam tempoh terdekat,” katanya.
Beliau turut meluahkan rasa kesal dengan kewujudan banyak ‘profesor tidak bertauliah’ yang memberi maklumat tidak tepat mengenai GST sehingga mengelirukan orang ramai.
Khazali menjelaskan, ramai rakyat Malaysia masih tidak sedar bahawa mereka kini dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
“Ramai ingat seolah-olah kita tidak bayar cukai selama ini. Sebenarnya GST adalah cukai menggantikan SST dan ia bukan tax-on-tax (cukai atas cukai),” katanya.
sh
Obat TBC
BalasPadamObat sipilis
Obat Wasir Herbal Ambejoss
Efek Obat Tbc Kelenjar
Efek Obat Tbc Pada Anak
Efek Obat Tbc Pada Kulit
Efek Obat Tbc Pada Ibu Hamil
Obat Tbc Generik