Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Mac 19, 2015

BERITA PANAS!! : SUHAKAM TEGUR POLIS..

 

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kesal atas tindakan polis yang tidak mematuhi prinsip keistimewaan parlimen kerana menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk menyiasat ucapan ahli parlimen di dalam Dewan.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata pihak berkuasa perlu menghormati dan mendukung keistimewaan Parlimen supaya anggota yang dipilih itu dapat menjalankan tugas dan memberi pandangan tanpa rasa takut atau pilih kasih.



“Suruhanjaya menekankan bahawa hak kebebasan bersuara di Parlimen tidak boleh dicabar atau menjadi asas kepada prosiding jenayah.

“Oleh itu, adalah penting untuk ahli parlimen diberi jaminan kebebasan daripada pendakwaan jenayah, tindakan sivil di Mahkamah atau tindakan disiplin yang berlebihan,” katanya.

Isnin lalu, MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung tindakannya yang membacakan sebahagian daripada ucapan bapanya, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persidangan Dewan Rakyat.

Kandungan ucapan itu antara lainnya mengkritik para hakim yang menyabitkan Anwar dengan kesalahan Liwat II.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...