Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Mac 01, 2015

SESI HOT!! : JAHANAM KERAJAAN BN MAIN-MAINKAN RAKYAT..kesian...

 

Selepas harganya menurun sejak beberapa bulan lalu, harga bagi RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 25 sen, berkuatkuasa tengah malam ini.

Mulai 1 Mac, harga baru RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) dan diesel (RM1.95 seliter).

“Harga baru ini akan berkuatkuasa  bagi bulan Mac 201,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan hari ini.



Kerajaan, katanya, akan mengikuti perkembangan harga kos produk dan kadar pertukaran matawang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

Bulan lepas, harga RON95 turun ke paras terendah sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009, didorong oleh kejatuhan mendadak harga minyak dunia, yang kini agak bertambah baik.

Harga bahan api tertakluk kepada sistem apungan terurus sejak Disember tahun lalu selepas kerajaan menghapuskan sistem subsidi.

Pada masa itu, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM2.26, RM2.46 dan RM2.23 selitar.

Pada 1 Januari, bagaimanapun, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM1.91, RM2.11 dan RM1.93 seliter dan bulan lepas harganya terus menurun.

mk

1 ulasan:

  1. BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG.BUKANNYE TAK MAHU MACAM MANA NAJIB SERTA MENTERI MENTERI MENYANGAK HARTA BENDA NEGARA DENGAN RASUAH DAN TIDAK TELUS .TAPI PENIPUAN SERTA DIBELA OLEH PIHAK YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN SERTA KUASA DALAM ORGANISASI KERJAAN MELINDUNGI MEREKA.MOGA MOGA AKAN TIMBUL PIHAK PIHAK YANG LEBIH BERANI MENENTANG PUAK PUAK LAKHANATULLAH INI.AMIN

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...