KUALA LUMPUR - BN tidak perlu tergesa-gesa menyatakan pendirian terhadap undang-undang persendirian (RUU) berkaitan hudud yang kini menjadi isu hangat diperdebatkan oleh gabungan pembangkang.
Malah menurut Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Umno, belum tiba masa untuk parti itu menyatakan sebarang pendirian terhadap undang-undang Islam itu.
Tan Sri Annuar Musa berkata, BN hanya perlu nyatakan pendirian apabila semua urusan kerajaan selesai sebelum undang-undang itu dibahaskan di Dewan Rakyat kelak.
"Sebenarnya isu BN nyatakan pendirian belum berbangkit... belum sampai masa kerana apa yang nak dibawa itu adalah RUU persendirian. Dalam peraturan Parlimen, rang undang-undang persendirian hanya boleh dibahaskan setelah semua urusan kerajaan selesai.
"Jadi, sehingga ke hari ini kita belum tahu bila ia akan dibahaskan. Oleh sebab itu, belum sampai masanya, BN tak perlu tergesa-gesa. Kita buat (pendirian) apabila sudah tiba masanya," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di Parlimen, hari ini.
Menurutnya lagi, BN tidak sepatutnya mendahului tuan punya RUU iaitu Pas dan PR memandangkan undang-undang itu masih belum selesai di peringkat pakatan itu.
sg
Bila kita kata Pas tertipu puak UG marah. Puak ni tak petah politik.
BalasPadam