MELIHAT rakyat marhaen berpusu-pusu memasuki pasaraya
membeli pelbagai barangan keperluan dengan kuantiti yang banyak pada
hujung minggu yang lalu menggambarkan kerisauan yang mendalam di
kalangan rakyat terhadap GST.
Situasi tersebut adalah sama seperti yang disaksikan di stesen minyak
pada malam terakhir sebelum harga minyak diumumkan naik pada hari
keesokkannya.
Fenomena ini menunjukkan rata-rata pembeli merasakan harga barangan akan meningkat selepas 1 April ini.
Majoriti negara di dunia ini melaksanakan GST sebagai sumber pendapatan.
GST tidak pernah diperlukan selama ini di negara kita kerana negara Malaysia sebenarnya kaya dengan sumber asli.
Sejak zaman Pak Lah sehinggalah sekarang, kita mula kedengaran hutang
negara menjadi semakin meningkat menghampiri 55 peratus GDP.
Kita mula mendengar penyelewengan dan salahguna dana awam yang semakin meruncing setiap tahun di dalam laporan audit tahunan.
Selepas itulah, baru kita terdengar negara Malaysia tiba-tiba memerlukan GST untuk memperbetulkan defisit kewangannya.
Ketika rakyat masih samar-samar mencari jawapan, tanpa sedar, GST bakal menemui rakyat Malaysia dalam 2 hari lagi.
Persoalannya, apakah negara sudah bersedia dengan GST?
Apakah kerajaan sudah melakukan persiapan yang cukup dan melakukan
simulasi terhadap apa yang akan berlaku bilamana GST terlaksana?
Jika ya, apakah impak kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan
sederhana (RM5000 ke bawah)? Apakah kesannya kepada hutang seisi rumah?
Tanpa GST, rata-rata rakyat marhaen sudah hidup dalam keadaan hutang
sekeliling - bagaimana pula selepas GST?
Bagaimana pula dengan golongan pencen dan tua? Apakah kerajaan sudah
membuat simulasi kesan GST terhadap mereka? Apakah semua ini sudah
dikaji, dan daripadanya terhasil satu tindakan susulan untuk membantu
mereka selepas GST terlaksana?
Selain itu, apakah kerajaan sudah membuat simulasi kadar inflasi untuk
3, 6 dan 12 bulan seterusnya sejurus GST dilaksanakan? Jika ya, sekadar
pertanyaan, apakah kerajaan sudah ada satu pelan tindakan sekiranya
kadar inflasi melebihi kadar yang dijangkau kerajaan untuk mengelakkan
rakyat tertekan dan terbeban?
Bukan itu sahaja, apakah GST akan menyebabkan peningkatan kadar
penggangguran kerana mungkin ada perniagaan-perniagaan bermodal
sederhana yang terpaksa mengurangkan kakitangan untuk menampung kos
perniagaan yang meningkat kerana GST?
Apakah kerajan sudah melakukan simulasi terhadap situasi ini? Jika ya, apakah hasilnya?
Apakah kerajan sudah melakukan simulasi terhadap situasi ini? Jika ya, apakah hasilnya?
Ada juga yang tertanya-tanya mengenai kesan GST pada yuran di
universiti awam? Apakah pelajar yang sedang mengaji perlu membayar 6
peratus tambahan kepada pemprosesan yuran universiti dan apa-apa kos
pentadbiran universiti yang lain termasuk bayaran peperiksaan dan juga
graduasi?
Bagaimana pula dengan pihak PTPTN, apakah kerajaan sudah mengkaji
apakah wajar pelajar diberikan pinjaman tambahan untuk menampung kos
kehidupan mereka selepas GST terlaksana?
Apakah saluran sudah disediakan untuk para konsumer yang menjadi mangsa
untuk mendapatkan pampasan sekiranya mereka terbayar GST kepada
barangan yang sepatutnya dikecualikan GST?
Bagaimanakah para konsumer boleh mengetahui samada mana-mana satu kedai
boleh mengenakan GST mahupun tidak? Bagaimana pihak kastam dapat
memantau kutipan GST haram daripada mereka yang tidak layak mengenakan
GST?
Pokoknya, apakah kita sebagai satu negara sudah bersedia dengan GST?
Maaf. Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa tidak lagi bersedia. Dan saya yakin ramai lagi yang bersetuju dengan saya.
Maaf. Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa tidak lagi bersedia. Dan saya yakin ramai lagi yang bersetuju dengan saya.
Saya percaya ramai rakyat biasa hanya sekadar bersedia dan tahu mereka
terpaksa berbelanja lebih apabila GST terlaksana tanpa mengetahui
apa-apa yang lain dan kesannya.
Kerajaan pula dilihat hanya menyibukkan diri untuk menyakinkan rakyat
bahawa GST tidak akan menyebabkan peningkatkan kos sara hidup daripada
tugas untuk memastikan perlaksanaan GST tidak bermasalah.
Melihat bagaimana kerajaan tiba-tiba tidak mengenakan GST pada buku
pada saat-saat akhir sebelum melaksanakan GST menyakinkan saya lagi
bahawa kerajaan masih tidak bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan GST.
Saya merasa perlunya untuk kerajaan melaksanakan tempoh percubaan GST
selama tiga bulan, contohnya di Langkawi, untuk menilai keberkesanan
sistem GST yang ada sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara.
Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, inilah masanya untuk
mendahulukan rakyat. Jangan perjudikan nasib rakyat dengan perlaksanaan
GST yang masih tidak menentu dan stabil.
Oleh itu, saya memohon agar kerajaan menangguhkan perlaksanaan GST
sekurang-kurangnya untuk 6 bulan untuk memastikan segala impak pada
negara dan rakyat dapat diminimakan.
Lebih baik jika kerajaan dapat memansuhkannya sahaja dan fokus kepada
usaha menangani rasuah dan ketirisan dengan cara lebih efektif.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden Pas
Naib Presiden Pas
"Bagaimanakah para konsumer boleh mengetahui samada mana-mana satu kedai boleh mengenakan GST mahupun tidak? "
BalasPadamKedai yang caj GST wajib tunjuk nombor pendaftaran GST. Tu la... kursus GST tak mau pegi..
Ini sahaja yang boleh buat? Tuan sambung tidur lagi bagus.
BalasPadam