Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mac 07, 2015

NGO Bantah!! : GST untuk kad tambah nilai telefon


Yayasan Persatuan Pengguna Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) berharap syarikat telekomunikasi (Telco) tidak mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap pembelian kad tambah nilai dan pek permulaan bagi pengguna perkhidmatan prabayar.

Pengerusinya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata CBP sebanyak enam peratus yang akan dilaksanakan 1 April ini dilihat akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan pelajar yang menggunakan telefon bimbit prabayar.

"Lebih 80 peratus pengguna perkhidmatan prabayar terdiri daripada golongan berpendapatan rendah serta pelajar sekolah dan penuntut di Institut Pengajian Tinggi.

"Penambahan cukai CBP ini sudah sudah pasti akan membebankan mereka," katanya kepada Bernama semalam.

Justeru, katanya persatuan itu telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam usaha mendapatkan sokongan pengecualian CBP terhadap produk tambah nilai dan pek permulaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad berkata pihaknya akan mengkaji dakwaan berhubung caj tersembunyi yang dikenakan oleh syarikat telco terhadap mel suara, panggilan yang tidak disambung, mel remeh dan sebagainya.

Menurutnya pihaknya telah menerima lebih 18,000 aduan dalam tempoh setahun daripada pengguna telefon bimbit mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh telco dan kebanyakannya berkaitan dengan masalah caj tersembunyi.

"Sebelum ini kita pernah buat kajian dan mendapati lebih daripada 60 peratus kos atau caj yang dibayar oleh pengguna adalah daripada kos tersembunyi seperti mel suara, panggilan yang tidak disambung dan mel remeh dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata hasil kajian itu akan diserahkan kepada KKMM dan SKMM untuk dibincangan dengan syarikat telco bagi mencari jalan penyelesaian.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...