Senarai Blog...Geng
-
Dibawah adalah penjelasan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kubang Kerian;
-
Merujuk kepada hantaran facebook Dr Muhammad yang dimuat naik di laman muka
buku beliau pada pagi ini, pihak kami dengan ini menjelaskan sebagaimana
...
2 jam yang lalu
-
Polis tahan pemandu Myvi lakukan ugutan jenayah
-
BERNAMAGeorgetown: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu
siasatan berhubung kejadian ugutan jenayah dan menunjukkan isyarat lucah
dalam insid...
6 jam yang lalu
-
Korban kita biarlah sempurna
-
RENUNGAN AIDIADHA
Saya tidak korban tahun ini hanya memerhati dan melihat saja kegiatan atau
upacara kebajikan itu. Itu pun lihat dari gambar dan video yan...
15 jam yang lalu
-
Timbalan Ketua PKR Maran, Sembilan AJK Cabang Nafi Akan Keluar Parti Untuk
Bersama Rafizi, Tetap Setia Dengan Perjuangan Keadilan
-
*MARAN: *Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Maran, Halias
Abdul Aziz menafikan dia akan melepaskan jawatan dan keluar parti itu
susulan ke...
16 jam yang lalu
-
MALAPETAKA TERUS MENIMPA BERSATU, HAMPIR 30 BAHAGIAN BUBAR
-
Beralihnya sokongan sejumlah besar Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Bersatu
memberi kepada Hamzah Zainuddin sebaik pemecatannya adalah ibarat
malapetaka ...
3 bulan yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
2 tahun yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI
-
#SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam
Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham
Islam ya...
4 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
4 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2
-
Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat
MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas....
Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...
4 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
-
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur
pagi t...
5 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG
-
*JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT *
*SEKARANG INI*
*KLIK SINI*
6 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia
-
*Video courtesy of IBR Asia Group*
*-The office of MP for Shah Alam-*
www.khalidsamad.com
7 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
8 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
-
*Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam*
Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang
dimiliki orang y...
8 tahun yang lalu
Dr Mahathir Mohamad hari ini meneruskan kritikan pedasnya pada
isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk mengaitkannya dengan
kekayaan keluarga perdana menteri.
Bekas perdana menteri mempersoalkan kekayaan keluarga Datuk Seri Najib
Abdul Razak, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah
mewah dan membikin filem di Amerika Syarikat.
Bekas presiden Umno juga mempersoalkan sumber kekayaan tersebut, termasuk projek filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza.
"Pada mulanya duit Riza dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak (Hussein). Kemudian dakwaan ini dinafi.
"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil dari perniagaan?
"Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?
"Pelaburan ratusan juta untuk filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza
[...] datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan.
"Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan
ratusan juta ringgit atau dolar Amerika," katanya di blognya hari ini.
"Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low.
"Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan AS$700 juta daripada 1MDB."
1MDB, Jho Low dan PM nafi tuduhan
Bagaimanapun 1MDB dan Jho Low menafikan sebarang salah laku dalam urus niaga mereka.
Perdana menteri juga menafikannya dan bercadang menyaman akhbar PAS Harakah atas dakwaan, antaranya, anak tirinya mendapat dana 1MDB.
Sebelumnya, dalam artikel yang panjang dan bernada terus terang itu, Dr
Mahathir berkata tuduhan-tuduhan terhadap syarikat itu - lembaga
penasihatnya dipengerusikan oleh Najib - tidak sembarangan tetapi
disertaikan juga "fakta yang jelas."
"1MDB bukan buat hutang biasa seperti kerajaan yang biasanya berjumlah
hanya ratusan juta (ringgit) sahaja. 1MDB telah hutang berbilion
ringgit.
"Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan
dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta.
"Ada juga jaminan oleh kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu
kerajaan tidak boleh mendakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan
masalah kerajaan.
"Kerajaan sudah melantik ketua audit negara untuk memeriksa akaun 1MDB.
Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan
dibincang oleh rakyat," katanya.
"Dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan
melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas iaitu jumlah hutang, siapa
yang mengurus, siapa yang menerima wang berbilion ringgit, pelaburan
yang dibuat, di mana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.
"Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat
miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya
di London, New York dan Hollywood.
"Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri perdana menteri dengan harga
ratusan juta ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB
yang akan diperiksa oleh ketua aduit negara (AG)."
MK
Berita berkaitan:
Blog digantung, ramai akses artikel 1MDB
Dr Mahathir: Siasat, bukan hanya audit 1MDB
Blog pro-Umno: Dr M tidak lagi sokong Najib
'Ringgit lemah, hutang 1MDB dijangka naik'
1MDB punca BN akan kalah pilihan raya?
PKR: Suntikan RM950 juta jelas penyelamatan
PetroSaudi kecam sedutan e-mel 'terpilih'
DAP: Dua-dua PM, timbalan harus undur
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...