Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mac 02, 2015

HOT!!! PARTI PAS SEDIA SERANG NAJIB...he eh he he he...

PAS bersedia terhadap kemungkinan akhbarnya Harakah disaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan tulisan berkaitan 1Malaysia Development Fund (1MDB).

“Bagi pihak kita, kita sedia terima saman itu dan berhadapan dengan PM di mahkamah,” kata peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin.

Najib Razak mengancam menyaman susulan tulisan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub yang mengaitkan 1MDB dengan anak tirinya, Riza Aziz.

Khamis lalu, Najib menerusi peguamnya mengemukakan notis tuntutan kepada Rosli supaya memohon maaf, menarik balik dan membayar ganti rugi.

Dalam sidang media di pejabat agung PAS di ibu negara, Hanipa melihat saman itu sebagai “kesempatan” untuk menyoal Najib dalam mahkamah.

Anggota parlimen Sepang itu juga berkata beliau selama ini tidak berpeluang untuk bertanya soalan kepada Najib dalam sidang parlimen.

“Jadi apabila PM bersedia untuk pergi ke mahkamah, kita syukran jazilan, terima kasih banyaklah,” katanya.
 
mk

2 ulasan:

  1. Hanipa ni lebih sudu dari kuah. Xyah sebok2. Bila Najib saman nanti, suruh ulamak2 je urus. Suruh depa jadi peguam. Tidak dengan ilmu ugama mereka, mereka layak jadi apa sahaja termasuk jadi peguam, angkasawan, ahli astrofizik dll.....kacan je mereka dok perasan!

    BalasPadam
  2. Asalammualaikum, pemikiran macam puak puak ni sudah menular sampai ke akar umbi PAS. Pada puak2 Ulamak (kebanyakan Ulamak baik tapi yg ana rujuk ni yg bengap punya) ini, mereka berlagak macam ahli kasta Brahmin. Dia orang seperti "The Chosen Ones". Orang lain bodoh, tak tau apa.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...