SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan tindakan sekumpulan NGO
Melayu yang bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya
pada kain rentang sebagai bantahan hanya memberi kempen tambahan kepada
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini.
Menurut pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, laporan media berhubung
perkara itu secara tidak langsung mempromosikan Anwar.
"... pada pengamatan saya kontroversi yang tercetus ini telah memberi banyak kelebihan kepada Anwar.
"Ianya secara tidak langsung telah memberi kempen percuma kepada Anwar,
mereka seolah-olah membantu kempen PKR secara tidak sedar, ini kerana
harus diingat masyarakat di Kajang berada dalam kategori bandar yang
sentiasa terdedah dengan perkembangan terkini negara, mereka dengar dan
mereka tahu," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini, susulan tindakan
penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Adun di kerusi
tersebut, ekoran itu Anwar dinamakan sebagai calon untuk mengisi
kekosongan kerusi tersebut.
Terbaru MCA mengumumkan bahawa calonnya akan bertanding di kerusi tersebut bagi menentang Ketua Umum PKR itu.
Untuk rekod, kontroversi 'sembelihan ayam' baru-baru ini dilakukan oleh
sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka "Majlis Jemaah NGO
Islam Malaysia" telah bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur
darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan
PKR.
Kain rentang itu memuatkan wajah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit
Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP dan Adun
Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.
Sinar Harian.
Assalamulaikum tuan..
BalasPadamBlog Addin gagal diselamatkan kerana masalah error di html code.
Oleh itu, saya telah membuat blog baru di alamat
http://addindeen.blogspot.com.
Mohon letak link blog baru saya di blog tuan, blog tuan saya telah linkkan.
Terima kasih atas kerjasama.
Addin
Terima..
BalasPadam