Difahamkan, Mursyidul Am Pas itu dikatakan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil, selain demam dan kesan penyakit lain yang dihidapinya sebelum ini seperti cirit birit.
Menurut sumber Sinar Harian ketika ini, doktor mahu melihat kesesuaian ubat baru menyebabkan Nik Aziz ditahan di wad lebih lama berbanding sebelum ini.
“Beliau juga kelihatan bertenaga sekarang boleh berjalan di sekitar wadnya. Tok Guru nampak bersemangat bercakap mengenai konflik yang berlaku di Mesir sekarang,” katanya.
Sinar Harian
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...