Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Ogos 22, 2013

Tingkat keselamatan elak tragedi korban 37 mangsa berulang - Anwar Ibrahim

anwar bas
 
SHAH ALAM 22 OGOS : Kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab diseru untuk mempertingkatkan usaha keselamatan agar tragedi kemalangan bas jatuh ke gaung yang mengorbankan seramai 37 orang dapat dielakkan di masa hadapan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan medianya berharap mereka yang cedera dalam tragedi kemalangan ini dapat pulih segera.

Katanya, beliau menyatakan simpati dengan keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian itu.

Seramai 37 orang terkorban dalam nahas bas terburuk di negara ini apabila bas yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.5 Jalan Genting Highlands semalam.

Kejadian itu turut mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal.

Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) (lima), Hospital Sungai Buloh (dua) dan Hospital Bentong (satu).

Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan yang menawarkan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu menuju ke ibu kota. – mza

Selangorku
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...