Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Ogos 12, 2013

Berita Terkini!! Keputusan mahkamah Pelik - Anwar Ibrahim

Keputusan mahkamah kes petisyen pilihan raya jelik dan mengaibkan, kata Anwar. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Ogos, 2013. 

Keputusan mahkamah kes petisyen pilihan raya jelik dan mengaibkan, kata Anwar. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Ogos, 2013.
 
Penolakan petisyen pilihan raya yang dibuat mahkamah disifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai keputusan yang sangat jelik dan mengaibkan nama institusi kehakiman negara.

Menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu keputusan yang dibuat hakim berkenaan petisyen adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

"Badan kehakiman memberi gambaran yang cukup membimbangkan. Pertama menolak dengan asas yang paling tidak bertanggungjawab.

"Antara alasan yang diberikan hanya kerana orang yang memohon petisen tidak menghantar sendiri.

"Adakah alasan itu boleh diterima kerana selama ini berpuluh kes yang saya hadapi tidak pernah saya hantar sendiri semua diwakili peguam, "kata beliau kepada wartawan dalam sidang media hari ini di Ibu Pejabat PKR.

Kata Anwar, tambah mengecewakan apabila mahkamah langsung tidak melihat senario penyataan itu sendiri apabila petisyen dikemuka kerana kegagalan pengurusan PRU lalu yang tidak telus dan bebas.

"Kita terima majoriti undi memihak pada Barisan Nasional namun majoriti dan suara dimenangi PR , kerana itu beberapa kes yang diragui kita minta bicarakan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, tindakan tersebut sengaja dielakkan kerana tidak mahu isu yang membabitkan kegagalan SPR tidak mahu diketengahkan.

Anwar berkata, penolakan itu tidak bermaksud PR akan menghentikan usaha untuk mendedahkan kegagalan SPR.

Katanya, PR akan mengemukakan beberapa lagi kes ke mahkamah termasuk kes penipuan SPR mengenai dakwat kekal dan undi pos yang akan dibentangkan 2 September kelak.

Ini kerana dakwanya, melalui Kajian Merdeka Center dengan jelas menyatakan BN menang kerana undi pos dan undi awal, tanpa undi itu maka BN akan kecundang.

"Sebab itu kita ambil keputusan untuk tidak bantah di jalanan kita bantah di mahkamah namun dipukul dan terpaksa menerima bayaran tinggi," kata Anwar. - 12 Ogos, 2013.

TheMalaysiaInsider
    

1 ulasan:

  1. Hakim malaysia satu kelas lebih baik daripada hakim sukukaum Papua New Guinea.....hebatkan...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...