Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Ogos 25, 2013

Kerajaan Turki Malukan PBB.

 

Bantah Sikap Lemah PBB Terhadap Mesir & Syria, Turki Tolak Bantuan Dana PBB

Turki kembali menunjukkan ketegasannya di depan masyarakat antarabangsa. Pemerintah Erdogan menolak bantuan dana PBB bagi program pencegahan kekerasan dalam rumah tangga. Program tersebut merupakan kerjasama Kementerian Agama dengan Kementerian Sosial.

Menteri Agama Turki, Profesor Mehmet Görmez, menyatakan bahawa sebelum mengurusi isu kekerasan rumah tangga, PBB harus lebih dahulu menghentikan pembantaian rayat yang tidak berdosa di Syria dan Mesir.

“Kami tidak akan mengambil satu sen pun wang PBB”, tegasnya seperti dikutip Fimadani, Juma’at (23/8).

Sementara Menteri Sosial, Fatimah Sehin pula mengaku sangat terguncang dengan tindakan pembantaian dengan gas kimia rejim Bashar ke atas rakyatnya sendiri.

“Hari ini, tragedi kemanusiaan kembali terjadi 200 Km dari tempat kita berdiri. Namun kemanusiaan gagal kembali. Sama seperti Saddam yang tidak diketahui kuburannya, Al Assad akan bernasib sama,” kecamnya.

Seperti diketahui, kemelut di Mesir dan Syria semakin memanas pasca Idul Fitri. Di Mesir, tentera telah membantai 6,000 lebih demonstran. Sedangkan di Syria, rejim Bashar Assad telah membantai ratusan ribu jiwa, termasuk 1,300 korban baru yang diserang dengan senjata kimia pada minggu ini. Ekoran pembantaian di dua negeri Muslim tersebut, PBB masih belum menunjukkan langkah positif untuk mengatasinya. 


 http://greenboc.blogspot.com
    

2 ulasan:

  1. PBB diketuai oleh regin laknatullah US dan disokong rejin munafik negara2 yg kononnya mengaku Islam

    BalasPadam
  2. Di msia yg paling bersorak gembira ialah ahli2 omno laknatullah.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...