Pakatan Rakyat akan guna semua saluran undang-undang - Anwar Ibrahim
Pakatan Rakyat akan menggunakan semua saluran undang-undang yang ada bagi mencabar keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kami masih mempunyai beberapa permohonan mengenai dakwat kekal akan datang (bulan depan)," kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Anwar berkata demikian apabila ditanya mengenai petisyen pilihan raya yang difailkan Pakatan Rakyat, yang ditolak atas alasan teknikal oleh Mahkamah Pilihan Raya di pelbagai kawasan.
Anwar turut mempersoalkan alasan yang dinyatakan untuk menolak petisyen tersebut sejak awal.
"Di Ketereh, petisyen kita telah ditolak atas dasar kerana pemohon tidak hadir sendiri. Saya telah terlibat dalam pelbagai kes di mahkamah dan saya tidak hadir sendiri dalam kes-kes itu," katanya.
Beliau berkata, badan kehakiman telah memberi "gambaran membimbangkan" dengan menolak semua petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Pakatan.
"Ia seolah-olah perbicaraan sedang dielakkan supaya fakta-fakta tidak boleh didengar di mahkamah," katanya.
Malaysiakini
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...