Iklan Penaja 1

Picture

Selasa, Ogos 13, 2013

Terbaik!! Kelantan tubuh Institut Pemikiran Tok Guru, kenang jasa Nik Aziz


Datuk Nik Abdul Aziz Nik MatDatuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 






























Kerajaan negeri Kelantan akan mengenang jasa bekas Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menubuhkan 'Institut Pemikiran Tok Guru'.
Menteri besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, perkara itu dimaklumkan kepada Nik Aziz dan beliau bersetuju dengan cadangan itu.

“Semoga idea, pemikiran, ilmu yang selama ini dikongsikan oleh tuan guru sejak sekian lama termasuk di peringkat kerajaan selama 23 tahun dapat dikongsi bersama oleh orang ramai.

“Dengan cara ini, idea atau pemikiran tok guru selama ini sentiasa segar dan dapat dimanfaatkan untuk semua pihak sebagai teras kepimpinan ulama,”katanya.
Insitut itu, katanya, katanya akan memainkan peranan penting untuk menyebarkan konsep pentadbiran ulama.

Beliau berkata, bagi menjayakan hasrat itu Nik Aziz akan hadir di pejabat Kota Darulnaim seminggu sekali bagi membolehkan pelbagai pihak bertemu dengannya.

Pada masa yang sama, katanya, beliau juga akan menyampaikan kuliah agama sekali dalam setiap bulan.
Nik Aziz ketika ditemui berkata, beliau mengucapkan terima kasih pada kerajaan negeri kerana menubuhkan institut itu.

Katanya, penubuhan itu sebagai suatu penghormatan kerajaan negeri dan rakyat padanya.
“Insyaallah saya akan penuhi hasrat itu demi untuk Islam, kerana selagi saya hidup, selagi itu saya tetap akan berjuang untuk Islam, untuk masyarakat seluruhnya,” katanya. – 13 Ogos, 2013.

TheMalaysiaInsider

3 ulasan:

  1. tak tubuh pun tak apa, asal amal hok tok guru buat. kalau tubuh pun tapi tak amal hok tok guru buat tak dak paedah juga, buat perabih pitih rakyat jah. la ni buang dulu puak2 hok hati busuk tu.

    BalasPadam

  2. Bismillahir Rahmanir Rahmanirahim

    https://keep.line.me/s/e3CDyq3Xh6tfeqo-Q1f-HigFRyCYa00QAvqdfwTEsuI


    Salam dan renungan

    Web: almawaddah.info

    Kepada;

    Para rektor universiti, para akademik dan para mufti yang dihormati.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan

    Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan. Diambil dari: almawaddah.info

    Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?


    Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

    Terima kasih dan 'afwan.

    Daripada;

    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.







    ....

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive