KUALA LUMPUR 14 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap berdiam diri Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) berhubung konflik di Mesir yang semakin berlarutan.
Menurut Anwar, kegagalan Amerika dan EU merujuk konflik di Mesir sebagai rampasan kuasa, apatah lagi mengutuk tindakan itu, mencerminkan sikap double standard mereka.
“Dengan berdiam diri apabila tentera mengeluarkan kata dua kepada Presiden Morsi, barat bersubahat.
“Kegagalan mengutuk rampasan kuasa memunculkan perbahasan tentang dasar luar barat yang tidak konsisten apabila melibatkan negara-negara yang ditadbir pihak yang dipilih secara demokratik dan berorientasi politik Islam,” tulisnya.
Beliau memetik ucapan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan di Istanbul yang mengutuk rampasan kuasa di Mesir sebagai merosakkan, tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat, negara dan demokrasi.”
Katanya, Erdogan tidak hanya memberi respon spontan tetapi menjelaskan pengajaran dan sejarah yang diambil Turki dalam konflik yang berlaku di Mesir. Tambahnya, kebelakangan ini Turki turut berdepan usaha rampasan kuasa oleh tentera, namun rakyatnya berjuang keras mempertahankan demokrasi di negara itu.
Anwar turut menggesa barat, khususnya Amerika Syarikat mengambil tindakan bagi mengembalikan demokrasi dan hak asasi manusia, serta bukan menyokong rampasan kuasa di Mesir.
“Mereka mesti menuntut pembebasan serta-merta Presiden Morsi dan penyokongnya. Presiden Morsi perlu dikembalikan semula ke pejabat yang sah dan beliau pula mesti segera memulakan dialog merangkumi semua pihak,” tegas Anwar.
Tulisan penuh Anwar boleh dibaca di sini.
Keadilandaily
Macamana ni, seorg yg pro dan agent amerika berani tibai tapi seorg pejuang GAZA membisu tidak bersuara sepatah, tak berani walau mengangkat kening...
BalasPadamKah kah kah kah, tak perlu tanya kerana sudah terang lagi bersuluh
Padam