Iklan Penaja 1

Picture

Isnin, Ogos 05, 2013

Panas!! NGO berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat Sokong Syiah..


Isu Syiah: NGO antarabangsa utus bantahan pada PM
 
Sebuah NGO antarabangsa berkaitan Syiah menyatakan bantahannya terhadap layanan terbaru kerajaan Malaysia terhadap komuniti penganut ajaran itu di negara ini, termasuk cadangan mengharamkan bahan bercetak, termasuk novel.

Bantahan itu dinyatakan Shia Right Watch (SRW) melalui surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir dan menteri agama Jamil Khir Baharom.

"Organisasi ini berharap kerajaan Malaysia membuat keputusan yang betul dengan mengiktiraf orang Syiah sebagai warganegara yang sah," menurut laman web SRC pada 1 Julai lalu.

Dalam kenyataannya itu juga, NGO yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat itu berhujah, kesemua golongan minoriti berhak mendapat pendidikan dan penerbitan untuk golongan mereka.

Justeru, tambah SRW, mengharamkan mana-mana ajaran agama dan sumber pendidikan jelas melanggar hak asasi manusia.

"Pengharaman dan sekatan sebegini terhadap kumpulan minoriti sedia ada dianggap sebagai pembersihan etnik," menurut SRW lagi.

NGO pimpinan aktivis dan bekas wartawan Mustafa Akhwand itu mengingatkan, berdasarkan International Bill of Human Rights, Deklarasi Hak Asasi ASEAN dan Deklarasi Islamabad, Malaysia harus melindungi golongan Syiah mengamalkan kepercayaan mereka.

Malaysiakini

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive