PANAS!! : YB KHALID SAMAD JAWAB FINTAH USTAZ PAS KEPADA PARTI ISLAM AMANAH.


Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad hari ini tampil menjawab dakwaan yang mengatakan partinya itu dipimpin oleh individu berfahaman Syiah.

Dalam video di blognya, Khalid berkata, seorang ustaz yang mempunyai pangkat doktor memberikan ceramah di sebuah surau di Seksyen 9, Shah Alam dengan mendakwa beberapa pemimpin AMANAH sebagai penganut Syiah.

Menurut Khalid, ustaz berkenaan mendakwa Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang, Presidennya Mohamad Sabu dan Ketua Biro Undang-undang Mohamed Hanipa Maiden sebagai Syiah.

Sehubungan itu, anggota parlimen Shah Alam itu mempersoalkan kesahihan dakwaan tersebut memandangkan ustaz berkenaan tidak mengemukakan sebarang bukti.

"Kita dalam Islam ini, bukti mesti dikemukakan oleh orang yang membuat pendakwaan dan dia dakwa Mat Sabu (Mohamad) Syiah. Bukti tak ada.
"Dia kata Syiah ini penipu, konspirasi, tapi dalam ucapan dia, dia merujuk seorang tok guru yang dikenali sebagai ketua Syiah seluruh Malaysia di Kelantan.

"Awak kata Syiah tak boleh dipercayai tapi itu sahaja rujukan kamu dengan kata Mat Sabu Syiah?" soal Khalid.

Takkan polis tak tahu?

Malah, Khalid turut mempertikaikan dakwaan ustaz berkenaan yang mengatakan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu pergi ke Karbala (gambar), Iraq setiap tahun.

"Kalau tiap-tiap tahun takkan polis tak tahu, imigresen tak tahu. Ini sekadar dengar kata tok guru Syiah yang beritahu yang dia sendiri kata tak boleh percaya. Fikir baliklah. Saya harap orang yang dengar kuliah macam ini fikir balik," katanya lagi.


Khalid meminta supaya individu berkenaan mengemukakan bukti dan tidak memberi hujah "bodoh".

Katanya, Ahmad didakwa sebagai penganut Syiah selepas melawan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden PAS dalam muktamar tahun lalu.

Hanipa pula dituduh kerana menjadi peguambela kepada seorang penganut Syiah, katanya.

"Ini ke politik yang diajar Islam? Kalau betul ada bukti, kemukakan. Jangan beri hujah bodoh dengan katakan lawan presiden maka dia (Ahmad) syiah.

"Itu hak dia (Hanipa). Orang yang dituduh membunuh pun memerlukan peguam untuk bela. Itu hak seseorang tak kira Kristian, Hindu, Islam ia menuntut kita bertindak adil," katanya sambil memetik surah al-Maidah.

Sehubungan itu, Khalid meminta supaya ustaz berkenaan menunjukkan sifat seseorang yang berilmu agar dihormati dan tidak menyebarkan fitnah.

"Kita harap ustaz ini tunjuk sifat takwa sikit dan berilmu supaya orang hormat.

"Kalau buat macam ini, kami risau usaha kami nak angkat tinggi para alim ulama akan jatuh atas tindakan ustaz itu sendiri," katanya lagi.

mk

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?
Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :
Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement
Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan
Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini. Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan
Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army 


 
http://iklanviral.blogspot.my/
Previous
Next Post »

1 ulasan:

Write ulasan
An Anonymous
AUTHOR
20 Januari 2016 10:32 PG delete

Kalau kena kat PAS dan naib2 presiden PAS tolong jawab dikatakannya TGHH x berani nk jwb sendiri.. Macammana TGHH nak jwb hang sbb hang pun bkn jawatan tinggi pun.. Jenuh lah kalau nk layan semua macai2 DAP yg ada..

La ni suruhlah kepimpinan atas PAN yg terpalit dgn isu syiah tu jwb sendiri.. Hang nak jadi wakil tapi hang sendiri pun bwk lari kerusi PAS di Shah Alam..

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes