PANAS!! BERAPI : BEKAS PEMIMPIN UMNO BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEGUAM NEGARA.

khairuddin

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali kerana dikhuatiri terdapat unsur-unsur salahguna kuasa.

Khairuddin berkata Peguam Negara harus memberi penerangan secara komprehensif kepada rakyat khususnya di dalam menzahirkan semua asas butiran siasatan yang telah dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya memohon pihak Polis Diraja Malaysia untuk membuat satu penyiasatan ke atas peguam negara samada terdapat sebarang unsur-unsur salahguna kuasa, cuai jenayah, memutarbelit fakta dan mengganggu penjawat awam daripada menjalankan tugas-tugas mahupun siasatan mereka secara telus, bebas serta komprehensif.

“Tan Sri Apandi Ali selaku Peguam Negara tidak boleh membuat kenyataan secara umum tanpa menghuraikan secara terperinci mengenai hasil siasatan laporan SPRM yang telah dihantar ke pejabat peguam negara,” katanya yang memuat naik salinan laporan polis di Facebooknya hari ini.

Khairuddin berkata demikian mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Peguam Negara semalam berhubung isu SRC International dan isu dana RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Khairuddin, jawapan yang komprehensif daripada Apandi amat penting demi untuk menjaminkan keutuhan imej serta kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada pandangan rakyat secara menyeluruh.

Ini kerana, katanya, rakyat sedang menghadapi krisis keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan masakini.

“Dalam masa yang sama, saya secara jujur serta ikhlas ingin menasihati Peguam Negara agar tidak mengambil ringan di dalam pengumuman isu kes siasatan wang derma RM2.6 bilion dan sejumlah wang RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak.

“Samada suka atau tidak kita harus tangani dan selesaikan kemelut ini secara professional dan meyakinkan semua pihak di tanahair yang tercinta ini,” katanya.

Bercakap di Putrajaya semalam, Mohamed Apandi berkata, siasatan mendapati, jumlah yang didepositkan adalah RM2.08 bilion dan ia adalah sumbangan peribadi kerabat diraja Arab Saudi pada 2013.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun sama.

“Tiada apa-apa kesalahan jenayah,” katanya dalam sidang media semalam.

trp

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan.

Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini :
http://autod9.com/army
http://www.kelabsimkad.com/hadi

 
http://iklanviral.blogspot.my/
Previous
Next Post »

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes