Khamis, Mac 05, 2015

PANAS!! : POLIS UGUT RAKYAT...

Perhimpunan Kita Lawan yang dijadual diadakan Sabtu ini di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur adalah bertentangan dengan undang-undang atas pelbagai sebab, kata Timbalan Ketua Polis, Datuk  Noor Rashid Ibrahim hari ini.

Ini termasuk ucapan yang boleh menghasut, selain tindakan yang boleh melanggar Kanun Keseksaan, katanya.
 
 
Katanya, memaksa kerajaan melakukan sesuatu yang ia tidak mahu melakukan, dan sebagainya jatuh di bawah Seksyen 141, 142 dan 143 Kanun Keseksaan.

Perhimpunan pada 7 Mac di hadapan pusat membeli-belah Sogo bertujuan untuk memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meletak jawatan, kerana didakwa gagal dalam tugasnya sebagai ketua kerajaan.

Ia juga menuntut pembebasan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara.

 
mk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng