HOT!! : KERANA GST RAKYAT JADI SUSAH..

 GST

KUALA LUMPUR - Tinggal beberapa hari sebelum pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini, warga kota menggunakan sepenuhnya hari hujung minggu untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan masing-masing.

Tinjauan Bernama mendapati kesesakan luar biasa berlaku di jalan-jalan sekitar ibu kota termasuk di Bukit Bintang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, serta di beberapa kompleks beli-belah yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli-belah.

Bernama juga mendapati beberapa stok barangan keperluan di beberapa pasar raya seperti susu tepung, tuala wanita, tisu tandas dan serbuk pencuci turut habis akibat permintaan yang tinggi oleh pengunjung.

Ketika ditemui, eksekutif jualan di sebuah pasar raya itu, Ewe Cheung Chung, 21, berkata pihaknya terpaksa mengisi stok secara kerap di rak jualan iaitu selang dua jam untuk menampung permintaan pelanggan.


"Sejak beberapa hari lalu, kami mengalami kehabisan stok bagi beberapa jenis barangan keperluan dan makanan terutamanya minuman koko, biskut dan tisu tandas kerana sangat laris.
"Kebanyakan daripada pelanggan memberitahu saya bahawa mereka mahu membuat persiapan untuk menghadapi GST, jadi mereka membelinya dalam kuantiti yang banyak," katanya kepada Bernama.
Ewe berkata pihaknya telah menyediakan label harga baharu sejak sebulan lalu untuk barang-barang tertentu yang akan dipamerkan di rak-rak jualan menjelang Rabu ini.

"Kami turut menyediakan senarai barangan yang dikenakan dan tidak dikenakan GST untuk memudahkan pelanggan. Namun ia hanya akan mula dipamerkan pada 1 April nanti," katanya.
Sementara itu, pekerja swasta, Chong Meng Mei, 34, berkata beliau terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran di kaunter pasar raya sejak beberapa hari lalu kerana dipenuhi dengan pengunjung yang membeli barangan dalam kuantiti yang banyak.

"Saya terpaksa beratur selama hampir sejam baru sampai giliran saya untuk membayar kerana rata-rata pengunjung mengusung troli yang penuh dengan barangan keperluan sehinggakan ada yang membayar sampai tiga troli penuh seorang.

"Bagi mengelakkan daripada kesesakan di pasar raya, saya telah beli barang-barang keperluan seperti makanan dalam tin dan serbuk pencuci di pasar raya lain sejak seminggu lalu dengan harga kira-kira RM500," katanya.

Seorang kerani, Chan Poh Ling , 43, pula berpendapat kenaikan harga akibat GST hanya bersifat sementara kerana yakin kerajaan akan membuat penyelarasan semula selepas itu.
"Contohnya barangan keperluan seperti lampin bayi dan tuala wanita, mungkin sekarang ia akan mahal sedikit selepas pelaksanaan GST, tetapi selepas itu mungkin kerajaan akan membuat penyelarasan harga dengan mengambil kira 'feedback' (maklum balas) orang ramai terhadap GST," katanya.

Pegawai Operasi Suhaiza Othman, 50, berkata beliau menyediakan senarai barangan yang perlu dibeli termasuk yang akan dikenakan GST, dan membuat pembelian sedikit demi sedikit sejak beberapa hari lepas.

"Perancangan kewangan seharusnya dilakukan oleh setiap orang terutamanya apabila GST mula dilaksanakan kerana GST itu boleh menyedarkan kami untuk berbelanja secara berhemah," katanya.
Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus bermula 1 April ini adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

sh
Previous
Next Post »

1 ulasan:

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Mac 2015 1:19 PTG delete

Patut la tak ramai turun demo #kitalawan, ramai yang pegi shopping rupanya...

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes