Rabu, Mac 11, 2015

BESTNYA!! : PR MENANG PRU14..GST DI HAPUSKAN..good..good..good..

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, cukai barang dan perkhidmatan (GST) sukar ditarik balik sekiranya sudah dilaksanakan kerana melibatkan kos yang tinggi.

Namun, katanya, sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14,  kadar GST akan disifarkan.

“Satu cara hapuskan GST dan pada masa yang sama mengekalkan sistem perakaunan dengan memastikan kadar standard 6 peratus dijadikan kosong peratus, jadi semua tidak ada cukai.

“(Jika) Pakatan rakyat menang nanti, yang penting rakyat tidak membayar cukai. GST terus dilaksanakan tapi kadar dikosongkan, kosong bermakna tidak ada GST,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini untuk mendapat penjelasan mengenai ceramahnya di forum GST malam tadi.

Forum bertajuk 'GST Sejauh Manakah‎ Pelaksanaannya Menyelesaikan Krisis Ekonomi' berlangsung di Universiti Malaya.

Seorang lagi panel ialah anggota Panel Pemikir Jasa, Lokman Noor Adam.

Rafizi turut menambah, pakatan boleh meletakkan cukai terendah berbanding cadangan enam peratus sekarang, kepada satu atau dua peratus, bergantung dengan kadar pendapatan rakyat.

Katanya, cara terbaik untuk mengimbangi cukai terbabit selain daripada menutup ketirisan adalah dengan mencukai golongan kaya raya melalui Cukai keuntungan modal (CGT), dan membezakan cukai golongan berpendapatan tinggi dan yang rendah.

“Awak kerja biasa tapi bayar cukai sama macam orang kaya, jadi itu tidak adil kan,” katanya.

Malam tadi, Rafizi berkata cukai GDT akan disifarkan jika pembangkang memerintah dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Lokman mencelah penjelasan Rafizi itu, dengan berkata “semoga beliau mengotakan kata-katanya” berhubung kadar sifar GST.

Sebelum itu, forum anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu dihadiri seramai 1,000 orang, hangat apabila Rafizi tiba-tiba muncul di forum itu.

Semalam, Rafizi yang sepatutnya membuat laporan polis mengenai skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, bagaimanapun ditahan pihak berkuasa bagi siasatan perhimpunan #kita lawan.

Beliau dibebaskan kira-kira jam 8 malam dengan ikat jamin polis dan kehadirannya di Universiti Malaya disambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Sementara itu, medan forum itu panas apabila Lokman mendakwa ahli Parlimen Pandan  itu pandai "memutar belit" fakta mengenai GST hingga mengelirukan orang ramai.

"Rafizi pernah berdebat dengan Datuk Nor Jazlan Mohamed di Sinar Harian, beliau menyatakan kalau kita kena cukai jualan kita tidak akan kena cukai perkhidmatan.

"Ini satu pembohongan saya tidak fikir seorang yang berkelulusan akaun tidak faham tentang GST, saya rasa beliau mengkaji GST ini sudah lama, ini jelas satu pembohongan," kata Lokman.

Lokman yang juga bekas pemimpin PKR itu berkata alasan Putrajaya menggantikan GST ialah kerana pelaksanaan sistem percukaian jualan dan perkhidmatan (SST) yang sedia ada kini mendatangkan kerugian kepada kerajaan.

Ini kerana pada masa kini tiadanya penyelarasan caj peratusan tetap bagi sistem percukaian sedia ada (SST) di mana ia boleh mencecah sehingga 28 peratus berbanding GST yang ditetapkan dengan satu kadar 6 peratus.

Membalas serangan Lokman itu, Rafizi berkata ‎bekas exco pemuda Umno itu sebenarnya tidak memahami konsep GST apabila memberi penerangan, seolah-olah  ia merupakan kaedah cukai yang sama dengan SST.

"Lokman menerangkan GST adalah cukai sama dan kerajaan akan terus mengulangi bahawa ia bukan cukai baru ia menggantikan SST.

"Ia tidak sama, saya orang yang dilatih dalam pencukaiaan. Beza SST ‎ialah ia cukai yang dikenakan hanya bagi satu peringkat, tetapi GST di negara lain di panggil cukai nilai tambah.

"Kerana konsepnya selain mencukai semua barangan, ia juga mencukai keuntungan pada semua peringkat sebelum sampai ke pengguna," kata Rafizi
 
mk

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng