Jumaat, September 26, 2014

TG Nik Aziz sangkal hubungan renggang punca kalah PRK

Nik Abdul Aziz Nik Mat


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal dakwaan hubungan yang renggang antara Pas dan komponen PR punca kekalahan calon parti itu dalam PRK Dun Pengkalan Kubor, semalam.

Menurutnya, ini kerana calon yang dipilih bukan mewakili Pas semata-mata sebaliknya PR sebagaimana dipersetujui sebelum ini.

“Calon di Pengkalan Kubor adalah calon PR, bukan calon Pas sahaja, PR terima calon ini, apa lagi yang ingin dibangkitkan,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini, hari ini.

Keputusan PRK Dun Pengkalan Kubor menyaksikan calon BN, Mat Razi Mat Ail menewaskan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 2,365 undi.

Mat Razi meraih 9,961 undi, Wan Rosdi (7,326 undi) dan Izat Bukhary memperoleh 38 undi.

Kemenangan BN dengan majoriti bertambah itu disifatkan banyak pihak kerana kegagalan strategi Pas yang mengambil kerusi itu daripada PKR.

Ia juga dikatakan bersangkut paut dengan kemelut dalaman perikatan itu membabitkan isu Menteri Besar Selangor.


sh

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng