Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, September 20, 2014

Berita Malam : Dewan Ulama PAS tempelak model perjuangan ‘Erdogan’ & ‘Jokowi’


BATU PAHAT, 19 SEPT: Presiden Dewan Ulama PAS, Mokhtar Senik menempelak pihak tertentu dalam parti itu yang mahu menjadikan kemenangan Recep Tayyip Erdogan dan Jokowi Widodo sebagai model perjuangan.

“Bila Erdogan menang di Turki, kita mahu jadi Erdogan. Bila PKS menang di Indonesia, kita jadi PKS. Bila Jokowi menang kita nak jadi Jokowi. Apa sebenarnya sikap kita?” katanya.

Beliau berkata demikian pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 bertema Terus Beristiqamah di sini, hari ini.
Sebaliknya, Mokhtar Senik berkata, PAS berpegang kepada al-Quran, sunnah, ijtimak dan qisas sebagai dasar perjuangan.

“Sebahagian pimpinan kita, walaupun menyebut mereka PAS, dasar mereka al-Quran, sunnah, ijtimak dan qisas tetapi kadang-kadang lebih gemar, lebih terliur pada seruan lain selain Islam,” katanya.

Beliau berkata, tiada jalan pintas bagi sebuah kemenangan hakiki selainkan perjuangan Islam walaupun sesetengah berpendapat ia mungkin melambatkan kemenangan PAS.

“Mahu kita menegaskan, walau seribu tahun lagi kemenangan itu, kita tetap bersama dalam perjuangan itu.
“Kita tetap pertahankan aqidah perjuangan dan dasar ini supaya tidak terlencong dari jalan Allah,” katanya.

sk
    

3 ulasan:

  1. Kalau cakap sahaja ikut Islam akhlak rosak apa guna,tarbiah ustaz tu dulu baru Islam menang.Doa pun dah nampak tak macan ustaz buat malu sahaja kat orang non muslim.Strategi Turki tu nak tiru bukan tolak Islam kene belajar strategi politik juga kalu nak menang

    BalasPadam
  2. TGHH tu Cakap mcm ular molek sangat ka?
    Sekejap kata sokong pakatan..tapi..diam2 bepeluk dgn umno
    Sekejap kata sokong pkr yg akan jadi mb...tapi..pi hanta1 nama adum pas sama buat apa?
    Kata sokong pakatan...tapi masa pru lps last2 minit boleh kata calum pkr mkn pil kuda...?...
    Apa kejadah...

    BalasPadam
  3. Ulama2 UG PAS lupa bahawa model kepimpinan ulama yang menggila sekarang diilhamkan dari model kepimpinan ulama Iran di bawah pimpinan Khomeini yang bermazhab Syiah.

    Jangan temberanglah kepimpinan ini diilhamkan dari Ikhwan Muslimin, hanya usrah, tamrin, tarbiyah dan sebagainya yang diambil dari Ikhwan Muslimin dan ABIM... itupun diusahakan secara berkesan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang merupakan seorang ABIM.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...