Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, September 15, 2014

MB Selangor : TS Abdul Khalid ucap terima kasih kepada Presiden PAS.

MBSHAH ALAM, 15 SEPT: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berterima kasih kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang mencadangkan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sebagai jalan penyelesaian kemelut politik Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata kuasa lantikan Menteri Besar adalah dibawah kuasa DYMM Sultan Selangor.

“Saya berterima kasih kepada Presiden PAS, tetapi saya minta maaf..Perkara lantikan Menteri Besar adalah dibuat di bawah kuasa sultan,” katanya kepada pemberita.

Abdul Khalid berkata demikian selepas merasmikan program Multaqa Imam-Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid, Guru Kafa dan Guru Takmir peringkat negeri Selangor di Masjid Negeri di Shah Alam.


Hadir sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pemangku Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Hata Ahmad.

Ketika ditanya adakah beliau akan mengekalkan jawatan Menteri Besar di atas tiket Bebas, Abdul Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak akan buat sebarang komen mengenai perkara itu,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mencadangkan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sebagai jalan penyelesaian kemelut politik Selangor.

Pada pertemuan itu, katanya, Hadi menyatakan prestasi Abdul Khalid sebagai Menteri Besar akan dipantau beliau.

sk 

Iklan Penaja : 

1 ulasan:

  1. boring betulah, hadi, khalid, khalid, hadi...boring2

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...