Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 30, 2014

Panas!! Ada Usaha Dari PKR dan DAP untuk Singkirkan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki


SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Ada pihak dalam PKR dan DAP yang dilihat tidak suka Pas berada dalam PR dan secara halus sedang berusaha untuk menyingkirkan parti itu, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Ujar beliau, beberapa kenyataan dan tindakan dalam kalangan pemimpin kedua-dua parti itu seolah-olah cuba membuli Pas dan menunjukkan mereka sudah tidak mahu bekerjasama lagi dengan Pas.

Ini boleh disimpulkan sebagai usaha secara halus dibuat untuk menyingkirkan atau Pas sendiri menarik diri daripada pakatan setelah tidak tahan dengan provokasi kumpulan berkenaan.

“Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan empat Exco Pas (di Selangor) sebagai pengkhianat dan kenyataan Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas sedikit sebanyak memberi gambaran mereka tidak suka Pas (ada) dalam PR.

“Malah, pengurangan tiga exco Pas dalam Kerajaan Selangor (oleh pentadbiran Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali) juga tindakan provokasi supaya Pas memikirkan semula masa depan dengan PR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas laporan muka hadapan Sinar Harian semalam, mengenai kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa Pas menjadi mangsa buli DAP dan PKR.


Menurut Mohd Zuhdi, ketegasan yang disuarakan Pas terutama dalam isu Menteri Besar Selangor menyebabkan rakan dalam PR mula membenci parti itu.

Namun beliau menolak pendapat bahawa Pas kelihatan dibuli atas sebab parti itu sendiri lambat membuat keputusan sebaliknya kata Mohd Zuhdi, Pas secara berhati-hati cuba membuat keputusan yang terbaik.

“Dalam isu Menteri Besar Selangor, Pas hendak jaga hati perlbagai pihak, termasuk kakitangan Kerajaan Selangor dan rakyat Selangor, yang memihak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bukan (buat keputusan) semata-mata (berdasarkan) rakan dalam PR.

“Kita tidak mahu gelojoh dalam buat keputusan. Mereka (DAP dan PKR) mahu keputusan yang cepat dengan bagi kata dua kepada kita selain tidak beri ruang yang luas untuk berbincang dalam PR,” katanya.

Beliau juga menyifatkan pimpinan PKR dan DAP hanya mementingkan agenda parti sendiri apabila mendesak Pas segera membuat keputusan dalam sebarang isu yang membabitkan kesepakatan parti itu.

Menurut Mohd Zuhdi, buat masa ini semua ahli dan pimpinan Pas perlu ikut semua nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Pas perlu ikut apa yang ditegaskan oleh presiden (Pas). Dalam ucapan semasa Muktamar Tahunan Pas ke-60 (baru-baru ini), Abdul Hadi telah buat satu penegasan bahawa Pas tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak dalam PR.

“Apa yang Pas mahukan sekarang adalah persefahaman dan kerjasama yang baik daripada rakan kita dalam PR. Keluhan hati kecil saya, Pas perlu bina kekuatan sendiri dan tidak terlalu bergantung pada sokongan parti lain,” katanya.

sh

2 ulasan:

  1. Tak habs-habis lagi ke! Tak de cerita lain ke. Muhasabah diri sendiri dari menuduh pehak lain.

    BalasPadam
  2. Artikel oleh orang kabur penglihatan dan sebelah lagi buta matanya .Point yang diutarakan adalah sangat lemah dan konklusi yang mengelirukan. Cerita yang boleh dibuang ke tong sampah bersama mindanya.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...