Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, September 19, 2014

Berita buruk buat Umno.. Allahu Akbar!!!!!!!


TUMPAT: Penegasan daripada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika muktamar bahawa PAS akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) adalah berita yang tidak baik kepada Umno/BN. (Gambar atas: Datuk Mohd Rashid Hasnon mendengar taklimat daripada Timbalan Pengarah Operasi PRK PAS, Zaki Ibrahim)

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon, memberitahu, Umno/BN yang ingin melihat PR berpecah, telah menerima berita yang amat buruk untuk mereka.

“Perselisihan faham itu biasa di dalam sesebuah organisasi, cuma kita kena tangani dengan cara baik.

“Dalam ikatan PR ini, kita seharusnya terus berusaha mengekalkan PR walaupun media massa menyetakan PR hendak berpecah. Kita  jangan dengar berita yang di luar itu,” ujarnya sewaktu ditemui selepas melakukan lawatan ke Markas Besar PAS, PRK N.01 Pengkalan Kubor, di sini, petang semalam.

“Apabila kita kata nak lihat semula tahaluf siyasi, ia boleh jadi berpecah atau untuk mengukuhkan lagi.

“Biasalah proses ‘review’ ni dan kita lihat ia semakin menjurus kepada kekuatan PR,” ujarnya lagi.

Sambungnya, penegasan daripada Presiden PAS itu adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh ramai orang.

Sementara itu, beliau yang datang untuk turut sama berkempen di PRK N.01 Pengkalan Kubor ini, percaya bahawa rakyat telah membuat keputusan dan akan menterjemakan sewaktu hari mengundi nanti.

“Ini adalah PRK dan saya percaya rakyat telah pun membuat keputusan awal mereka,” katanya.

“Kami akan cuba mensasarkan mereka yang di atas pagar agar mengundi calon PAS yang mewakili PR,” katanya lagi.

Beliau yang juga Adun Pantai Jerejak, Pulau Pinang, di sambut calon PAS bagi PRK N.01 Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim,sewaktu sampai di Markas Besar PAS. (Gambar kiri)

Dalam lawatan 15 minit itu, beliau menerima taklimat daripada Timbalan Pengarah Operasi PRK PAS, Zaki Ibrahim.

Turut sama hadir menyambut beliau, exco kerajaan negeri, Datuk Dr Fadzli Hasan.




hd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...