Ketika artikel ini sedang ditulis, proses mengangkat sumpah Menteri
Besar baharu Selangor sedang berjalan. Krisis berbulan-bulan ini
akhirnya ditamatkan dengan satu kisah fairy tales yang membuktikan
betapa dahsyatnya drama-drama politik yang dimainkan oleh parti-parti
politik di Negara ini.
Tidak kira sama ada dalam kelompok Pemerintah ataupun Oposisi, fairy tales ini senantiasa berlaku.
Saya
bukanlah memihak kepada mana-mana sosok dalam krisis Selangor ini.
Artikel ini hanya satu curahan pandangan apa yang saya pelajari
sepanjang krisis ini.
Krisis Selangor ini telah menunjukkan kepada saya bahawa sistem politik Malaysia tidak pernah mahu melalui zaman perubahan.
Ia
akan terus kekal begini selagi mana kedua-dua pihak tidak mempunyai
keazaman politik yang sebenar-benarnya untuk membawa pencerahan politik
Negara.
BJ Habibie semasa tempoh
pendeknya sebagai Presiden Republik Indonesia telah pun mengorak satu
langkah yang agak bijak apabila memisahkan anggota Kabinet dengan
jawatan kepartian. Anggota-anggota Kabinet beliau perlu memilih sama ada
mahu kekal sebagai anggota Kabinet ataupun memegang jawatan dalam Parti
Politik.
Inilah sebenarnya satu usaha pendemokrasian murni yang memperjelaskan mengenai terma Politik Rakyat dan Politik Fraksi.
Saya
melihat ada sesuatu yang bagus daripada idea ini. Pemisahan kuasa ini
akan mengelakkan Kabinet Pentadbiran Negara ini menjadi urusan parti.
Pentadbiran Negara tidak boleh sewenangnya diperkudakan untuk
memperkukuh satu-satu parti politik sama ada dari segi politik mahupun
dari segi kewangan.
Dalam masa yang sama juga, Pentadbiran Negara
tidak boleh merasa terlalu kuat dan angkuh sehingga seringkali tersasar
dalam melaksanakan dasarnya. Dan disinilah letaknya satu peranan
penting yang boleh dimainkan oleh parti politik iaitu menyediakan satu
sistem secara tidak langsung untuk melakukan tugas semak dan imbang
terhadap perjalanan kuasa eksekutif dalam Negara ini.
Mana
mungkin Parti Politik akan mempunyai keupayaan untuk menegur atau
mengambil tindakan terhadap Ketua Eksekutif dan anggota Kabinet
sekiranya Kabinet itu dipimpin oleh Presiden Parti dan juga
mereka-mereka yang menjawat hierarki tertinggi dalam Parti-Parti dalam
Gabungan Pemerintah.
Dari satu sisi yang lain juga, Ketua
Eksekutif dan anggota kabinet perlulah inklusif bukannya eksklusif.
Pemimpin pemerintah harus bertanggungjawab kepada seluruh rakyat bukan
hanya memimpin satu parti semata-mata.
Adalah tidak betul
sekiranya kita meletakkan bahawa kebertanggungjawaban Pentadbiran Negeri
itu menjadi hak eksklusif satu-satu parti politik semata-mata. Malahan,
situasi di mana Ketua Eksekutif itu juga merupakan seorang penjawat
jawatan tertinggi dalam hierarki parti akan menjadikan ia berpotensi
untuk memanipulasi tindakan dan keputusan demi kepentingan peribadi dan
juga partinya semata-mata hingga tersasar daripada agenda rakyat yang
total.
Saya juga sebenarnya tidak memilih untuk menulis mengenai
kejayaan TSKI semasa menjadi MB Selangor. Ia subjektif. Kita pun tidak
tahu apa yang mampu dilaksanakan oleh penggantinya. Hanya masa yang akan
menentukan. Namun, saya tetap berpandangan langkah PR meletakkan TSKI
di kerusi MB itu merupakan satu langkah yang bagus.
TSKI
merupakan sosok yang tidak berada dalam hierarki tertinggi Parti dalam
gabungan PR yang memerintah Selangor. Kerana itu, kita dapat melihat
TSKI bukanlah seorang Ketua Eksekutif yang memiliki pertindihan
tanggungjawab dan kepentingan.
Umum mengetahui sepanjang tempoh
perkhidmatan, beliau sering sahaja tidak senada dengan aspirasi parti
tetapi sebenarnya beliau meneruskan kepercayaannya dalam memenuhi
kehendak dan aspirasi rakyat serta penjawat awam di bawah naungannya.
Namun
akhirnya, usaha pendemokrasian murni ini tercalar dan hancur hanya
kerana sosok ini lebih gemar mengamalkan politik rakyat, daripada
politik fraksi, yang hanya setia kepada individu atau fraksi tertentu
dalam dinasti parti politik.
Merenung jauh melihat kemelut
Selangor ini, akhirnya kita telah kembali ke keadaan normal politik
Malaysia. Slogan politik baru, politik nilai, merakyatkan politik dan
mendahulukan rakyat akhirnya akan kekal sebagai satu slogan yang akan
dijeritkan sebaik sahaja gendang Pilihanraya dibunyikan.
Hakikatnya,
politik Malaysia ini terus kekal terbelit dengan disiplin kepartian dan
juga kesetiaan kepada individu atau fraksi tertentu dalam dinasti parti
politik bukannya sebuah citra politik dari rakyat, untuk rakyat dan
kepada rakyat.
Pengajaran penting yang dapat saya ambil dari TSKI
adalah bagaimana untuk memulakan kerja dalam senyap. Bekerja dalam
sunyi untuk melayani kerenah bangsa. Walaupun penuh sepak terajang dan
hiruk pikuk pencitraan politisi lainnya, beliau sememangnya mempunyai
cita-cita unggul sebagai seorang tokoh yang berkhidmat untuk rakyat.
Walaupun
dalam selang masa yang singkat, tetapi memiliki rentetan prestasi yang
banyak.Terima kasih TSKI kerana hadir mewarnai kisah politik Malaysia.
Dan
persoalan penting yang harus kita fikirkan pasca-kemelut Selangor ini,
sejauh mana kesediaan mengikut jejak langkah BJ Habibie dalam
memartabatkan Politik Rakyat bukannya Politik Fraksi Dinasti Kepartian
seterusnya menguatkuasakan satu peraturan baru dalam memilih seorang
ketua Eksekutif yang diluar lingkaran kekuasaan hierarki tertinggi parti
politik?
che'GuBard
Senarai Blog...Geng
-
Kelantan: Tarian gelek seksi, Pas mempunyai ‘partnership’ dengan komunis? - Mengaku tetamu adalah pelombong dari China, betullah Pas ada…HarapandailyExco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdu...8 minit yang lalu
-
-
MALAYSIAKINI DEDAH WAJAH SEBENAR ANWAR SEBELUM DAN SELEPAS JADI PM - Seorang pembantu kepada Anwar Ibrahim cuba menepis kritikan bahawa perdana menteri itu tidak menyuarakan sebarang kebimbangan tentang pendakwaan terhadap...9 jam yang lalu
-
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang FC Pula Tarik Diri - MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan. Dua kelab yan...3 hari yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...4 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Ahad, September 28, 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...