Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 02, 2014

Berita Pagi : Dewan Ulama PAS Selangor lulus usul kecam 2 ADUN sokong Wan Azizah

Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Selangor ke-26 semalam sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam dua ADUN PAS yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar baru.
  
Menurut catatan Facebook terbaru Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, usul itu akan diserah kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk diambil tindakan berdasarkan Fasal 82 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.
  
Sebelum ini, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin dilaporkan menandatangani Akuan Bersumpah menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tanpa persetujuan dan pengetahuan PAS.
  


Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman, yang mengesahkan perkara itu, berkata pihaknya menjangka banyak lagi aduan dan usul akan dibuat serta dihantar kepada Jawatankuasa Disiplin parti berhubung tindakan dua ADUN berkenaan.
  
"Kita tahu ada lagi usaha untuk memancing ADUN kita di Selangor. Kita ada maklumat lengkap siapa terlibat dan kita akan dedahkan nama pelobi ini jika permainan ini tidak dihentikan segera," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Kemelut politik di Selangor menjadi lebih tegang apabila Abdul Khalid diminta meletak jawatan setelah didakwa kehilangan sokongan 30 ADUN termasuk dua daripada PAS.
  
Berikutan itu, pada Selasa lepas, Abdul Khalid menyatakan hasrat kepada Sultan Selangor untuk melepaskan jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan beliau sehingga pelantikan menteri besar baharu dibuat.
  
Baginda turut menitahkan PAS, DAP dan PKR masing-masing mempersembah lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar selewat-lewatnya 3 Sept ini.

mk
      

6 ulasan:

  1. Meragam betul Dewan Ulamak PAS,tiba2 nak buang Saari Singip. Alasan utama tak setia/wala' pada parti.
    Saya nak tanya bila pula Saari Sungib beri wala' pada PAS. Semua pimpinan PAS tahu siapa beliau, bukankah beliau ahli dan pimpinan pertubuhan yg bersedia menjadikan PAS batu locatan. Bukankah pimpinan PAS sendiri yg tolol?
    Bukan sekali PAS jadikannya WB, bahkan sudah 2 kali. Bahkan diKelantan PAS melantikan geng seperti beliau sebagai exsco.
    Hakikat sebenar pimpinan PAS wajib ditukar sebelum PAS terus dalam keadaan tidak menentu.
    Ahli ulamak sudah sampai masanya mrmuhssabahkan diri dan berlagak kudus.

    Sebenar pimpinan PAS yg dungu

    BalasPadam
  2. UG ni... jika dua YB Adun PAS tidak sokong MB Baru DSWA sudah pasti akan bercelaru lagi politik Selangor. Kami sokong Adun PAS yang menyokong DSWA sebagai MB yang baru... Angkuh sungguh bila PAS telah banyak memenangi KERUSI di Selangor, kami sokong PAS kerana tahaluf siyasi yang telah di persetujui...so beringat lah wahai PEMIMPIN PAS peringkat tinggi.......Sekian.

    BalasPadam
  3. Kenapa tak usul keluar dari PR, ksn itu lebih baik dari tikam belakang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalaule ada pilihanraya semula jgn haraple pas bole dpt kerusi semula seperti seblum ni..alamatnya pas akan melePAS le jawabnya. Bijakle sikit berpolitik ni.

      Padam
  4. Orang dalam PAS ini lupa dan terlalu berfikir yang dia orang menang kerusi Dun pilihanraya yang lepas kerana mereka menganggotai PR. Pilihanraya yang akan datang saya tidak akan undi pas dan syaitan umno jangan perasaan pengundi PR akan beralih kepada UMNO.

    BalasPadam
  5. Sepatutnya ulamak Pas ni menjadi pendamai atau penasihat kepada yang menjadi pencetus isu.Ini tidak Ulamak pulak yang hampir hilang pertimbanagn akal.kalu begitu pemikiran ulamak lebaih baik letakan sahaja kopiah tu pada kepala lutut.habis cerita .ornag ramai pun tak kisah lagi tentang status ulamak.biarkan orang ramai akan panggil ALAMAK PAS sahaja

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...