Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, September 13, 2014

Insya Allah, calon PAS akan dipilih rakyat - TG Nik Aziz

TUMPAT: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berharap Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor berjalan baik mengikut amalan demokrasi.

Katanya, tidak perlu melakukan perkara yang bertentangan demokrasi kerana pengundi telah akil baligh.

Beliau berkata demikian kepada media di tempat penamaan calon, di sini hari ini.

Katanya lagi, setiap perkara yang dilakukan di dunia ini akan berkait dengan akhirat, termasuk pilihan raya.

"Hanya ajaran Islam sahaja yang akan mengingatkan umat manusia pada hal akhirat dan bukannya ajaran sekular.


"Setiap pembalasan akan berlaku di akhirat kelak sama ada yang baik atau yang buruk," ujarnya.

Walaupun tidak mengenal secara peribadi, namun apabila kepimpinan PAS kawasan memilih calon, sudah tentu ia cukup baik untuk mewakili Pakatan Rakyat.

"Insya Allah, hasil kerjasama kita semua pihak, sokongan padu rakan Pakatan Rakyat, calon kita akan dipilih rakyat," ujarnya.

hd

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...