Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 02, 2014

Berita Petang : Bukan mudah ubah ideologi kata TG Nik Aziz.

 Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, manusia pada masa kini menganut idelogi dan fahaman yang direka-reka sendiri oleh orang-orang terdahulu.

Menurut beliau, perkara itu sekali gus menolak Islam selaku cara hidup yang syumul dan lengkap.

"Dunia moden menyaksikan hampir tiada manusia yang diperhambakan secara fizikal namun wujud perhambaan dalam bentuk ideologi.

"Manusia menganut idelogi dan fahaman yang direka-reka sendiri oleh orang-orang terdahulu.

"Lalu datanglah perhambaan dengan nama baru iaitu komunis, sosialis, sekular dan sebagainya. Hakikatnya, inilah perhambaan yang lebih teruk dalam kehidupan manusia," katanya yang dipetik melalui perutusan merdeka.


Jelasnya, perkara itu menjadi asas perjuangan Pas untuk memperkenalkan manhaj pentadbiran mengikut acuan Islam.

"Agar masyarakat dapat dibebaskan sepenuhnya dari belenggu perhambaan moden yang datang dalam bentuk ideologi ini.

"Meskipun kelihatan sukar dan payah untuk mencapai matlamat yang suci ini, namun kita optimis.

"Sampai masanya, masyarakat Malaysia keseluruhannya akan menerima Islam sebagai syariat yang mentadbir bukannya ditadbir," ujar beliau lagi.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...