Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, September 05, 2014

Berita Malam : Senarai calon MB Selangor baru diputuskan Majlis Syura

 

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa badan tersebut bertanggungjawab memutuskan senarai baru yang menggariskan nama calon bagi jawatan menteri besar Selangor.

"Ya... ya betul. Majlis Syura yang putus nama. Majlis Syura ini badan tertinggi (dalam PAS)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Beliau mengulas mengenai laporan akhbar hari ini yang memetik kenyataan setiausaha agung parti itu, Datuk Mustafa Ali berhubung peranan Majlis Syura dalam membentuk senarai kontroversi itu.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, Mustafa mendedahkan bahawa tiga nama calon berkenaan – dua ADUN PKR dan seorang dari PAS – dipilih untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor.


Mustafa juga enggan mendedahkan nama calon itu kerana ia berkait dengan urusan Majlis Syura Ulama.

Sementara itu, Zawawi turut ditanya mengenai kenyataan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang tidak tahu menahu mengenai laporan berhubung senarai baru yang dihantar kepada istana.

Nik Zawawi sekadar berkata: “(Mohamad) bukan Majlis Syura."

Ia dipercayai merujuk kepada senarai kedua yang dihantar sejurus selepas wakil PAS mengemukakan senarai pertama yang langsung tidak mengandungi nama calon dari parti PKR.

Senarai pertama itu, yang dihantar secara rahsia pada awal pagi Rabu dipercayai mencalonkan tiga Exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Ia didakwa dihantar tanpa pengetahuan jawatankuasa pusat dan PAS Selangor sendiri.

Senarai kedua pula didakwa menggariskan ADUN Ijok Idris Ahmad, bekas exco Selangor Yaakob Sapari dan pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...