Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, September 24, 2014

PRK Pengkalan Kubor : Mesej Terakhir TGNA Kepada Pengundi

Nik Abdul Aziz Nik Mat

PENGKALAN KUBOR - Mursyidul Am Pas Datuk Abdul Aziz Nik Mat hari ini berpesan kepada pengundi di PRK Dun Pengkalan Kubor supaya mengundi parti yang memperjuangkan Islam sebagai pilihan mereka.

Nik Aziz berkata, manusia akan mati dan akan berdepan dengan kehidupan selepas kematian, iaitu akan berdepan dengan ALLAH, jadi setiap perbuatan yang dibuat di muka bumi akan disoal ALLAH di akhirat nanti.

"Kita akan mati, ingat balasan selepas kematian nanti.

"Bangsa Melayu tiada makna jika tiada Islam.

"Jadi ingat  pasal pemilihan pemimpin juga ALLAH akan soal," katanya pada ceramah Pas di Pengkalan Kubor malam ini.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata Umno bertindak melupakan kawannya apabila parti itu senang dan selesa.

"Dahulu ketika zaman Tun Abdul Razak sayalah orang yang menyokong pergabungan tersebut (kerajaan campuran BN, Pas).


"Waktu itu, Pas terbahagi kepada empat sebab marah dengan tindakan saya iaitu dari Hamim, Berjasa, Bebas, Bersatu.

"Tetapi saya tetap sokong gabungan tersebut, tetapi apabila dia selesa dia tendang kita.

"Tetapi apabila dia tidak senang dia pujuk kita masuk dia balik selepas (PRU13 lalu).

"Jadi satu sahaja yang kita perlu ingat, Nabi ajar jangan jatuh dua kali dalam lubang yang sama," katanya.

PRK Dun Pengkalan Kubor akan diadakan pada 25 September ini  menyaksikan pertembungan tiga penjuru yang melibatkan calon  BN, Mat Razi Mat Ail; calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim  dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary,

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

sh

2 ulasan:

  1. kemaskan semula tarbiah pemimpin Pas dan jangan banyak cakap yang tidak membantu pakatan Rakyat kerana Pas sebenarnya tidak kuat

    BalasPadam
  2. Jangan takut PAS akan menang sebab UMNO sengaja memberi peluang Pas sebagai membalas budi Tuang Presideng yang berjaya mengkucarkacirkan PR dari dalam

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...