Khamis, September 18, 2014

Islam adalah agama ALLAH, agama lain semua Sesat.

 Kalimah ALLAH

SHAH ALAM – Umat Islam harus berpegang  teguh kepada akidah kerana hanya ia satu-satunya agama yang benar disisi ALLAH SWT.

Ahli Jawatankuasa Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor, Prof. Madya Datuk Mohd Mokhtar Shafii berkata, perkara tersebut disahkan melalui hadis dan surah yang terdapat di dalam al-Quran.

“Setiap ajaran tidak mengikut akidah dan amalan Islam, ia bertentangan dengan Islam.

“...Dan agama di sisi ALLAH itu hanya agama Islam, sesiapa sahaja yang memilih agama selain Islam tidak akan diterima olehNYA,” katanya.

Mengulas lanjut, menyentuh mengenai fahaman Syiah yang dikatakan tersebar secara meluas di negara ini, beliau menyifatkan ia ajaran yang jelas terpesong dari amalan Islam yang sebenar.

“Syiah itu ajaran sesat. Dahulu, ketika saya masih menuntut di pusat pengajian tinggi, ada ajaran Syiah ini yang betul dan boleh digunapakai, tetapi sekarang semua (ajaran) sudah bercelaru,” jelasnya lagi.


Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan di Dialog Fatwa Perdana 2014 yang berlangsung di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,di sini, hari ini.

Sesi tersebut juga turut menyelitkan sebuah video yang memaparkan upacara kesesatan umat Syiah yang disambut setiap 10 Muharram.

Menurut sejarah, ia merupakan hari penyesalan pengikut Syiah di Kufah setelah mereka membunuh Sayyidina Husein di Kufah.

Dalam upacara tersebut, pengikut ajaran Syiah sanggup mengelar tubuh badan sendiri secara berulang kali menggunakan pedang atau sabit dengan alasan mencari keredaan ALLAH.

Menurut Mohd Mokhtar, masih terdapat pelbagai alternatif yang boleh diamalkan untuk mencari keredaan ALLAH.

“Ini jelas bertentangan, salah disisi akidah Islam. Ajaran Islam menganjurkan kita beramal secara sederhana dalam mencari  keredaannya,”  jelasnya lagi.

sh

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng