Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, September 18, 2014

Berita Tengahari : 'Pas tak pernah khianat rakan tahaluf siyasi'

Hadi Awang


BATU PAHAT - Pas akan terus istiqamah dengan tahaluf siyasi bersama PR selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan, demikian kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata perkara itu dicapai setelah pihaknya merujuk kepada syarat-syarat tahaluf siyasi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas dengan hukum tertinggi parti itu.

"Sepanjang sejarah perjuangan Pas, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaluf kita, maka kita minta rakan tahaluf kita juga tidak mengkhianati tahaluf ini.

"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputuskan bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Pas Pusat ke-60 di Parit Raja, di sini, hari ini.

Abdul Hadi bagaimanapun menegaskan kerjasama politik itu mestilah memperkuatkan Pas dan bukan sebaliknya.

"Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri," tegasnya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menambah, tahaluf siyasi juga mestilah tidak melenyapkan prinsip dan imej Pas tanpa perlu mengubah atau menggunakan sistem lain.

"Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain, atau parti lain, sehingga hilang prinsip dan jati diri kita atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlmat sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam.

"Matlamat kemenangan mesti digunakan bagi memperteguhkan prinsip Islam yang bersifat syumuliyyah," katanya lagi.


sh


                                                                        Iklan Penaja


0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...