Rabu, September 24, 2014

Berita Tengahari : 4 exco PAS inilah yang tolak kerjasama dengan Umno





KUALA LUMPUR: Bagi pihak 4 orang Exco yang menurut amalan perlu meletakkan jawatan bersama-sama Tan Sri Khalid Ibrahim, PAS Selangor mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh semua pihak.

Begitupun, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kemelut politik yang melanda Negeri Selangor telah berakhir.

"Kami juga mengucapkan tahniah kepada YAB Tuan Mohamed Azmin Ali yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru," ujarnya dalam satu kenyataan seperti di bawah.

Kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kemelut politik yang melanda Negeri Selangor telah berakhir.

Kami juga mengucapkan tahniah kepada YAB Tuan Mohamed Azmin Ali yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos lepas telah bersetuju untuk mencalonkan YAB Tuan Azmin sebagai salah seorang calon Menteri Besar Selangor.

Oleh yang demikian, PAS Selangor yakin kami akan dapat sama-sama bekerja dengan beliau demi kebaikan dan kemajuan rakyat negeri Selangor.

Kami berharap di bawah pentadbiran beliau, prestasi cemerlang yang dicapai di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim akan dapat diteruskan.

Semoga Allah SWT akan menganugerahkan beliau kekuatan dan petunjuk untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berat ini.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Khalid yang telah sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di tempat yang paling atas dan telah membawa banyak pembaharuan ke negeri ini.

Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal kepada beliau.

Kami juga mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana Pakatan Rakyat masih mentadbir Negeri Selangor.

Terdapat saat dan ketika sepanjang satu setengah bulan yang lepas di mana kerajaan negeri hampir tumbang.

Tetapi 4 orang Exco PAS di atas arahan PAS Pusat telah terus bersama di dalam kerajaan dan sekaligus telah berjaya menyelamatkan kerajaan negeri.

Pada hakikatnya 4 orang Exco ini telah menghalang dari berlakunya satu pilihan raya negeri.

Walaupun kesemua 4 Exco ini dari PAS tetapi mereka telah membawa semangat dan prinsip Pakatan Rakyat ke dalam kerajaan sepanjang tempoh tersebut.

Mereka juga telah mempertahankan kepentingan-kepentingan Pakatan Rakyat di dalam kerajaan.

Contohnya mereka telah memastikan perkhidmatan Ahli-Ahli Majlis PKR dan DAP diteruskan dan semua program-program yang dirancang oleh Exco yang diberhentikan perkhidmatan dapat berjalan dengan lancar.

4 orang Exco ini juga dengan tegas menolak sebarang kerjasama dengan Umno apabila menyatakan akan meletakkan jawatan jika Umno dibawa masuk ke dalam kerajaan.

Walau bagaimanapun sekarang bukanlah masanya untuk memandang ke belakang tetapi untuk melangkah ke hadapan dan berusaha untuk mengembalikan keyakinan penuh rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Masanya untuk kembali meletakkan perjuangan memartabatkan rakyat di pentas utama.

Bagi pihak 4 orang Exco yang menurut amalan perlu meletakkan jawatan bersama-sama Tan Sri Khalid, PAS Selangor mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh semua pihak.


hd

5 ulasan:

  1. 4 eco ini contoh terbaik dari Pas harap Pas pusat jangan lupan mereka yang berjiwa besar ini.Pas mesti matang brertindak jangan biarkan anasir seperti pembaca doa tersebut menguasai akhlak ahli Pas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulke contoh terbaik? Tapi masa tu kapal dah karam pun dia buat tak tahu aja. Rilek aja, malah 4 makhlok ni sangat seronok dan bermegah2 naik kapal lain yang bernakhodakan ketua jadijadian. Entahlah. Nasib nasib....

      Padam
  2. betoi macam kacang lupa kulit

    BalasPadam
  3. Dek kerana 4 org Exco inilah YAB Azmin dapat dilantik menjadi MB Selangor. Dun tidak dibubarkan. Jika bubar tak tahulah nasib PR selepas itu.

    BalasPadam
  4. 4 orang ini masih mengucap t.kasih pada TSKI ....bukankah TSKI yang telah memecat exco dari PKR dan DAP ...yang 4 ni siap senyum lagi muka surat depan utusan msia...inilah punca bahana dan panjangnya kronologi pelantikan baru MB ....menodai PR.. mereka yang menandatangani SD dianggap pengkhianat penderhaka tidak wala barua broker....merekalah sebenarnya hero dalam menyelamatkan PR mengikut keputusan muktamar dan mempunyai sifat jati diri sehingga sanggup menerima apa saja akibat kerana patuh pada muktamar bukan wala tidak bertempat....

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng