Isnin, September 08, 2014

Berita Petang : PR patut bersatu kembalikan keyakinan rakyat kata Exco Selangor.

politik_selangorKUALA SELANGOR, 7 SEPT : Pakatan Rakyat (PR) perlu terus bersatu dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap gagasan dibentuk antara tiga parti komponen iaitu PAS, PKR dan DAP meskipun kemelut jawatan Menteri Besar Selangor sedang berlaku.

Mengambil contoh di Selangor, Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi, berpandangan PR mempunyai perancangan cukup baik, namun disebabkan kemelut timbul mutakhir ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa gabungan itu sudah terumbang-ambing.


“Perancangan dan program yang ada sudah cukup baik, tetapi dengan kemelut yang berlaku seolah-olah PR ini sudah terumbang ambing sehingga sedikit menjejaskan keyakinan rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.
Beliau juga tidak menafikan isu yang timbul sedikit sebanyak menggugat pentadbiran negeri, apatah lagi Selangor kini diuruskan hanya dengan kekuatan empat orang Exco.

Katanya walaupun tidak dinafikan kerjasama daripada anggota penjawat awam cukup baik, namun kemelut politik yang berlaku sedikit sebanyak mengganggu kelicinan pentadbiran negeri.

“Kalau dalam jangka masa pendek mungkin kita tidak terasa tapi dalam jangka masa panjang, banyak program yang kita rancangkan itu juga akan sedikit terencat sebab kita terpaksa tanggung program dari stanco lain,” katanya lagi.

sk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng