Sabtu, September 27, 2014

Berita Pagi : PAS tidak setuju dengan Cara PKR..



KUALA LUMPUR: PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa telah bersetuju agar bilangan exco PAS di dalam kerajaan negeri dikurangkan daripada empat kepada tiga.

"Kami telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat bahawa mereka juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan ini," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman.

PAS negeri, jelasnya juga berpandangan pengguguran Dr Halimah Ali dan Ustaz Sallehen Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

"Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik," katanya yang juga Adun Paya Jaras dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa PAS mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat.

Sebelum ini, katanya exco-exco PAS telah kekal di dalam kerajaan demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak tumbang.

Oleh yang demikian, tegas beliau PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut.


hd

1 ulasan:

  1. Kalau dh tak setuju letak jawatanlah! Buat apa tunggu kalau tak leh kerjasama?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng