Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Ogos 26, 2013

‘Endless Possibilities’ Najib sama dengan Israel, bukan kebetulan - DSAI

KUALA LUMPUR 25 Ogos: Slogan terbaru diperkenal Perdana Menteri, Endless Possibilities yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang kita ada bukti cukup. Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan,” kata Anwar ketika ditemui pemberita di majlis hari raya KEADILAN Lembah Pantai, hari ini.
DSAI_Batu
Anwar berucap dalam majlis hari raya parlimen Batu di Dataran Dewan Masyarakat Fasa Tiga, Bandar Baru Sentul
“Sekarang lebih berat. Ia tak mungkin secara kebetulan” tegas Anwar.
Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013.

Manakala Najib dijangka melancarkan kempen ’1Malaysia, Endless Possibilities‘ pada 17 September depan.
Justeru kata Anwar, penggantungannya dari Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember 2010 kerana mendedahkan pengaruh Israel dalam pentadbiran Malaysia membuktikan hipokrasi pentadbiran Umno-BN.
“Dulu saya ada bawa (isu ini) di Parlimen, (mengapa) pilih 1Malaysia. Saya dikenakan (gantung) enam bulan kerana bangkitkan 1 Malaysia.

“Sampai sekarang dia kata kebetulan. Ternyata ada pengaruh asing, termasuk apa didakwa ‘pengaruh Israel’,” kata Anwar.
Tegasnya, slogan baru Endless Possibilities (Kemungkinan Berterusan) hanyalah semata-mata strategi perhubungan awam (public relation).
“Yang kita bangkitkan isu jenayah, pertikaian pada kehakiman dan pelbagai masalah (lain).
“Yang dia (Najib) hanya hentam pembangkang,” kata Anwar.

Keadilandaily
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...