Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, April 21, 2017

Panas!! : Aktivis dedah muslihat Pas isytihar sertai Parti Islam Amanah

Ghazali menyerahkan borang keahlian kepada Dr Mujahid sambil disaksikan Saifuddin dan Sazmi (satu dan tiga dari kiri). Ghazali menyerahkan borang keahlian kepada Dr Mujahid sambil disaksikan Saifuddin dan Sazmi (satu dan tiga dari kiri).
Bekas aktivis Pas Ghazali Mat yang pernah dilantik Pengarah Pilihan Raya Keadilan bagi Dun Kemuning menyerahkan borang menyertai Amanah di majlis ceramah umum Pakatan Harapan di Machang, 17 April lalu.
Borang permohonan keahlian Ghazali diterima naib presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof dengan disaksikan setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan timbalan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri Kelantan Datuk Sazmi Miah.
Ghazali menggemparkan politik Kelantan baru-baru ini apabila mendedahkah muslihat sulit Pas memenangkan calon Umno dalam pilihan raya umum lalu.
"Saya amat kesal dan sampai ke hari ini saya masih terkilan dengan parti kita Pas. Ini kesah dan teladan buat saya.
"Saya amat sayang parti yang saya dokong dan memperjuangkan Islam.
"Ini kesah berlaku pada PRU ke-13 di mana saya diberi tugas untuk menolong jentera PKR bagi Parlimen Machang P029," ujarnya dalam tulisan yang menjadi tular di media sosial.
Menurut Ghazali, beliau diberi tugas sebagai pengarah pilihan raya bagi Dun Kemuning.
Walaupun tugas itu amat berat untuk dipikul, beliau menerimanya setelah diminta calon PKR, Dr. Wan Zawawi Iasmail.
Kehadiran beliau dalam jentera pilihan raya PKR disambut baik oleh jawatankuasa dan jentera pilihan raya.
"Pada awal kempen saya amat berbesar hati dengan kerjasama semua pihak. Mengikut culaan ketiga-tiga Dun Pas boleh menang. Ini bermakna parlimen pun ikut sama menang," katanya.
Namun insiden seminggu sebelum hari mengundi benar-benar mengecewakan beliau apabila dipanggil bermesyuarat dengan pengarah-pengarah Dun dari Pas dan juga calon.
Beliau mula merasa ragu apabila arahan dibuat agar ahli-ahli dan penyokong Pas tidak mengundi calon Parlimen daripada Keadilan tetapi perlu mengundi calon parlimen BN yang diwakili Umno.
"Saya bertanya kenapa ini berlaku, jawapannya arahan presiden.
"Saya mati akal, pilihan raya rasa macam tak berguna lagi, maklumlah niat hati nak ke Putrajaya," katanya.
Keputusan pilihan raya bagi kawasan parlimen Machang membuktikan arahan daripada pemimpin Pas itu dituruti apabila tiga Dun yang ditandingi Pas menang dengan majoriti lebih 3000 undi namun calon Keadilan bagi kawasan parlimen tewas dengan majoriti 805 undi.
"Saya menyesal dan menangis sebab kerja buat saya sia-sia. Bermula dari situ saya tak mempercayai lagi apa-apa yang berkaitan degan Pas.
"Apakah parti Islam yang memperjuangkan agama sanggup menikam belakang dalam gabungan Pakatan Rakyat," soal beliau.
Ghazali turut memberikan nombor kad pengenalan bagi memberi peluang kepada mereka yang meragui beliau untuk mengesahkan status keahliannya dalam Pas.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/2017 ]

10 ulasan:

  1. Kahkahkahkah......Pakatan Hipokrit ni kekeringan modal dan hujah, sudah2 la tu fitnah pasal umno dengan PAS, boring la....takde ke modal lain ke? macam contoh : 2 Pemimpin melayu Islam bercumbuan sambil minum arak dan suka melepak dikelab malam atau pemimpin muda melayu Islam yang mengumpul kekayaan hasil dari pengubahan wang haram.....kahkahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daripada parti islam kpd parti liberal dan kini kpd parti barua.. boleh percaya ke org canggini..

      Padam
  2. Drp sembang2 last tunjuk punai kata lebai snake, kah kah kah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau gambar boleh je edit lepas tu sebarkan fitnah merata2.. . kalau dah dasar barua DAP memang dilatih sebegitu.. mujurlah kami masih di dalam PAS..

      Padam
  3. Kalau kena btg hidung sendiri mula kata edit,mujur ramai dah kluar pasumno...kah kah kah....takburrr....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau betul tak edit saman lah keh keh

      Padam
    2. Eleh wanrosli walataik walaun smpi xda video matsabu tolak hudud tu apa cter.kahkah

      Padam
    3. Nape tak saman2 lagi ni kes edit tu?

      Padam
    4. Siapa plak kata nak saman...dlm ph salah tetap salah.. Kami xsokong yg salah mcm butir taik pas lakukan...bila nak saman Sarawak report dan husam.khakahkahkah

      Padam
    5. Keh keh SR dan husam sama2 bangang kerana sampai sekarang dah berapa bulan ni masih tak ada bukti.. bangang gak PH ni.. Puak Haram lah katakan..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...