Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, April 05, 2017

PANAS!! Najib jual negara

Saifuddin Nasution IsmailSaifuddin Nasution Ismail
Amat malang bagi perdana menteri apabila sanggup memburukkan negeri dalam Persekutuan semata-mata kerana politik peribadi sedangkan dimasa yang sama beliau bertindak 'menjual negara' dengan melaksanakan projek berkos tinggi bertujuan membayar hutang 1MDB yang dipenuhi skandal penyelewengan, kata Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut beliau, adalah sesuatu yang amat memalukan apabila Datuk Seri Najib Razak tidak menilai statistik terlebih dahulu sebelum menuduh ekonomi Pulau Pinang paling teruk di bawah pentadbiran Lim Guan Eng.
"Jika Najib tuduh pelabur luar lari meninggalkan Pulau Pinang, mengapakah ekonomi negeri ini semakin berkembang pesat? Tidakkah Najib tahu bahawa faktor tarikan pelabur asing adalah bergantung pada kedudukan ekonomi semasa, insentif pelaburan, potensi pulangan, tata kelola yang baik, bebas rasuah dan kestabilan politik?" katanya dalam kenyataan.
Jelas Saifuddin, mengikut laporan Malaysia Investment Development Agensi (MIDA) 2016, agensi di bawah Kerajaan Persekutuan ini telah membuktikan bahawa pencapaian ekonomi Pulau Pinang begitu memberangsangkan.
"Sebanyak 106 pelaburan baru dibawa masuk dengan nilai tambah sebanyak RM4.29 bilion. 71 peratus daripada nilai ini adalah pelaburan asing. Kenyataan ini bercanggah bahawa ramai pelabur luar lari dari Pulau Pinang," katanya.
Menurut beliau juga, pencapaian Pulau Pinang kini berada dalam kedudukan nombor empat mengikut nilai pelaburan masuk paling banyak pada tahun lepas.
"Dengan keluasan yang kecil, prestasi Pulau Pinang lebih mapan dan kompetitif berbanding dengan sebahagian besar negeri-negeri yang diperintah oleh Umno-BN seperti Kedah dan Melaka," katanya lagi.
Dalam masa tempoh lima tahun pula katanya, pencapaian sumbangan Pulau Pinang terhadap Keluaran Dalam Kasar Negera (KDNK) begitu memberangsangkan apabila pada tahun 2015, Pulau Pinang menyumbang 6.6% kepada KDNK, berbanding sekitar 5.5% pada tahun 2010.
"Tambahan pula, Pulau Pinang menyumbang 12.8 peratus kepada sektor pembuatan negara pada tahun 2015. Statistik ini diiktiraf oleh Jabatan Perangkaan Negara yang beroperasi di bawah Kerajaan Persekutuan," katanya.
Definisi luar negara
Sementara itu, Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR berkata, Najib menggunakan hujah-hujah syarikat-syarikat nasional juga terlibat dalam pelaburan di luar negara untuk menyangkal dakwaan pembangkang bahawa kerajaan Umno-BN cuba menjual negara.
Beliau menjelaskan, 'jual negara' bermaksud apabila kerajaan terpaksa melaksanakan sebuah projek berkos tinggi yang bertujuan untuk membayar hutang sesebuah syarikat yang penuh dengan skandal penyelewengan.
"Kerajaan Umno-BN merancang projek East Cost Railway Line (ECRL) dengan kos RM55 bilion untuk tujuan membayar hutang 1MDB seperti didakwa oleh Sarawak Report. Projek ini dibiayai sepenuhnya melalui pinjaman kepada bank pembangunan China. Jika projek ini gagal membiayai kos, sudah tentu Kerajaan Persekutuan yang akan datang terpaksa menanggung kos," katanya.
Beliau juga berkata, tindakan Najib menyembunyikan status sebenar tanah projek pembangunan Forest City menunjukkan Najib sebenarnya yang cuba menjual negara.
"Beliau memberi jaminan bahawa tanah projek tersebut adalah 'leasehold' dan mempunyai had tempoh pajakan. Tetapi realitinya, kenyataan ini disangkal oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir apabila beliau sendiri melawat kawasan projek berkenaan dan melihat papan tanda yang memaparkan status 'freehold' atau pegangan bebas! Adakah Najib cuba sembunyikan hakikat bahawa sebahagian tanah di Johor akan dikuasai oleh pelabur asing buat selama-lamanya?" soalnya.
Justeru katanya, lawatan pelaburan Najib ke luar negara sama sekali tidak akan mampu meningkatkan profil Malaysia.
Hal ini ujarnya dibuktikan dengan nilai ringgit yang jatuh dan angka FDI juga masih rendah. Skandal 1MDB yang sedang berhadapan penyiasatan beberapa negara dunia menambah buruk imej negara gara-gara Najib.
"Amat malang Malaysia ini apabila Najib masih memerintah tanpa pedulikan suara rakyat. Amat malang apabila seorang perdana menteri sanggup memburukkan beberapa negeri dalam Persekutuan semata-mata memenuhi kemahuan nafsu politik peribadi beliau," katanya.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]

27 ulasan:

  1. Bersatu lah kita menentang perasuah, ketua penyamun dan ketua perompak, PH dan umno, hanya PAS yang bebas dari rasuah, penyamun dan perompak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan mari kita bersatu menentang pencipta fitnah terhadap TSKI.

      Padam
    2. Fitnah apa nye?cer citer..

      Padam
    3. PAS parti lebai rasuah 90juta.

      UNDI UMNO = UNDI PAS

      Padam
    4. Fitnahnya 90 lebih mukasurat oleh Rafizi dan Saifudin Nasution lah ngok

      Padam
  2. Amat malang juga bagi Saifuddin Nasution apabila sanggup memburukkan dan memfitnah TSKI demi jawatan dan kuasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laju nya macai pas bekap najib yerk

      Padam
  3. Pulau Pinang lah contoh pertama Ketua Menteri terpalit rasuah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau btl dah lama lge kene tangkap tp nape xditangkap lg ek?

      Padam
  4. Pelaburan dari aktiviti haram memang berlambak di Pulau Pinang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembalakan haram bersepah di kelantan smpi tangkap org asli tuh

      Padam
  5. Amat malang Malaysia ini apabila ada PM seperti Najib dan bertambah malang apabila PH yang mengambil alih pemerintahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih malang kalau hadi jd pm abis semua gelaran barua babi anjing biawak keluar dlm tv hari2 lepastu licin lah balak seluruh Malaysia kena kebas dek pas kerajaan rasuah

      Padam
    2. Lebih malang kalu parti lebai malang memerintah. Bila lebai2 PAS meroyan satu negara dikafirkan.

      Padam
    3. Lebih malang lagi lebai tokong jadi pm.. habis pakat2 tunduk kpd DAP... ada peluang si kafir pengerusikan mesyuarat fatwa kebangsaan pula!

      Padam
    4. Lebih malang bila tuan guru ajaran sesat PAS memesong akidah walaun2 biol sesuka hati memanggil non muslim dgn panggilan lebai tokong..

      Parti Ajaran Syaitan.

      Padam
    5. Bukanlah.pas adalah Parti Audivellfirerangeroverminicooper Se-Malaysia

      Padam
  6. Lebih malang kalau kaki fitnah cuba tunjuk alim. Perasan pulak tu yg org akan kagum. Penakut pulak nak mengaku salah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.. boleh pulak ulamak tokong diperbodohkan oleh si kafir dgn menyokong (diam tanda sokong sebab di pihak yg sama) gerakan menentang RUU 355 manakala menyokong juga (diam tanda sokong sebab di pihak yg sama) gerakan menyokong Akta 164!

      Padam
    2. Parti lebai pondan telah menyesatkan akidah walaun2. Tgk badut 6:44 sesuka hati memfitnah, menggelar org dgn ulamak tokong.

      Akta 355 dah kuyup kena kencing, sibuk pulak dah akta 164. Ketua lebai hancing kan barua kpd ketua penyamun. Wayang jer lebih..org kampung semua dah tahu.

      Padam
    3. Sila sebut satu atau dua nama yg dikatakan difitnah ulamak tokong.. jgn nak fitnah macam husang musang..

      Padam
    4. Yeke ni wanrosli. Kalau ye bukti dulu mana video bukti matsabu tolak hudud tu??????

      Padam
    5. Lain kali kalau tak boleh jawab janganlah berani pertikai apa yg aku tulis wahai 7:51

      Padam
    6. Mengelak lagi.cuba buktikan wanrosli bukan penfitnah. Tunjukkan bukti video matsabu tolak hudud tu??????

      Padam
    7. Husam terbukti pemfitnah bila menyatakan Arwah TGNA akan masuk PAN jika masih hidup.. sape2 sini termasuk 4:30 ada tak yg setuju dgn fitnah husam tersebut?

      Padam
    8. Jgn dok tuduh2 org wanrosli. Aku tanya ni betul lah kan wanrosli menfitnah.? Smpi skrg tiada video matsabu tolak hudud tu kan....masa bila plak usam fitnah? Nik aziz kan dah mati. Kalau sekiranya nik aziz masih idup tertubuhnya pan dan nik aziz xmasuk pan barulah fitnah.. Nape benda simple mcm ni pun wanrosli xleh hadam.sekolah darjah brp ni wanrosli?? Dah tu jgn lari tajuk kasi alasan tengin..sila tunjuk mana video matsabu tolak hudud???

      Padam
    9. Fitnah arwah masuk PAN sama lah fitnah arwah jadi barua DAP!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...