Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, April 15, 2017

Berita Dari Kelantan : Rakyat Kelantan diseru pilih Pakatan Harapan

Pimpinan semua parti Pakatan Harapan hadir di majlis perasmian pejabat Bersatu negeri Kelantan di Kota Bharu pada JumaatPimpinan semua parti Pakatan Harapan hadir di majlis perasmian pejabat Bersatu negeri Kelantan di Kota Bharu pada Jumaat
Gabungan empat parti Pakatan Harapan (PH) kini semakin jelas akan berhadapan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka semakin hampir.
Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata, rakyat perlu fokus untuk memilih sama ada masih bersama BN atau membina harapan baru bersama PH.
"Pas yang kini jelas mengambil laluan lain tentu tidak boleh lagi diharap," katanya ketika berucap di acara markas pilihan raya Amanah Dun Bunut Payong dalam parlimen Kota Bharu semalam.
Husam menaikkan belon gergasi di Bunut PayongHusam menaikkan belon gergasi di Bunut PayongPada majlis itu Husam merasmikan pasukan dikir barat Amanah Bunut Payong dan upacara menaikkan belon gergasi sebagai penanda markas berkenaan.
Dalam majlis perasmian pejabat parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pagi semalam kata Husam, telah jelas parti-parti dalam PH kini berada dalam satu gabungan mantap.
"Semua pemimpin Amanah, PKR, DAP dan Bersatu bersama-sama hadir di majlis pagi tadi dengan penuh yakin akan menawarkan pasukan baru untuk mentadbir negeri Kelantan.
"Dalam pilihan raya ini, saya menyeru seluruh rakyat memberi fokus untuk mengundi PH kerana dengan memberi undi kepada Pas, anda memberi peluang untuk BN kembali berkuasa," katanya.
Menurutnya kerajaan negeri selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz jelas menjadi pengekor kepada BN.
"Kerajaan pusat di bawah (Datuk Seri) Najib menggunakan kaedah memeras rakyat untuk menambah kekurangan wang negara yang diurus secara boros.
"Begitu juga kerajaan negeri ikut menaikkan pelbagai cukai seperti pasir, urusan tanah dan cukai bandaran," katanya.
Lebih teruk menurut beliau ialah masalah pentadbiran berkaitan Islam.
"Enakmen seperti pengurusan harta wakaf yang telah lama diluluskan di negeri-negeri lain tidak dihiraukan.
"Begitu juga masalah bangunan pentadbiran pejabat agama di jajahan-jajahan tidak dinaik taraf dan beroperasi dalam keadaan yang sangat daif.
"Sedangkan bayaran-bayaran (fees) yang dikenakan di negeri ini adalah yang tertinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain di seluruh negara," katanya.
Semua ini menurutnya ialah akibat kepimpinan yang mentadbir secara fikiran tertutup.
"Langsung tidak ada usaha untuk mencari sumber-sumber pendapatan lain walaupun negeri ini mempunyai pelbagai potensi untuk dijadikan pendapatan negeri dan rakyat.
"Baru-baru ini ada syarikat melombong emas yang mengeluarkan kenyataan tentang jumlah galian itu yang begitu banyak di negeri ini.
"Kita juga ada sumber tarikan pelancong yang besar jika dimajukan secara bersungguh-sungguh," katanya.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/2017 ]

17 ulasan:

  1. Tiada yang istimewa dengan PH, rakyat Kelantan bukan bodoh, PH penuh dengan pemimpin yang bermasalah.

    BalasPadam
  2. ya.. ya... orang ph memang jahat...pemimpin pemimpin pas pula memang baik baik belaka kerana rajin mengamalkan sifat orang munafik..iaitu bila bercakap tak rasa takut untuk berbohong...parti agama weeh..dapat lesen besar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni contoh pemimpin PH kita mula dengan DAP dulu:

      - Lim Kit Siang, anti Islam dan nak jadikan Malaysia sebagai negara republik, mempeunyai anak yang disabitkan rasuah dan ada cucu yang disabitkan kesalahan cabul dan raba. Lim kit Siang ni kafir, Islam melarang umat Islam mengambil kafir sebagai pemimpin.

      - Lim Guan Eng, satu-satunya Ketua Menteri yang terlibat dengan rasuah, mempunyai anak yang disabitkan kesalahan cabul dan raba, anti Islam dan Lim Guan Eng jugak kafir, Islam melarang umat Islam mengambil kafir sebagai pemimpin.

      - Ramai pemimpin DAP menghina Islam, pemimpin melayu pula kaki kelab malam, pemabuk dan kaki betina.

      - banyak lagi -

      PAS bersih dari segala masalah kerosakan akhlak dan rasuah. Ada akal fikir-fikirkan lah.

      Padam
  3. Rakyat Kelantan bukannya bodoh nak pilih kafir sebagai pemimpin mereka, munafik je yang tunduk dan patuh pada kafir.

    Dan takkan pulak kafir DAP nak tunduk dan patuh pada Islam sambil membayar jizyah kerana mereka menolak Islam.

    BalasPadam
  4. Undi PAS = Undi lebai2 pondan parti lebai rasuah 90juta duit curi rakyat Msia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejak berbaik dgn DAP aku berbaik sangka bahawa PAN boleh mengambil peluang berdakwah kpd DAP. Tapi rupa2nya DAP yg sebaliknya telah mengajar 'akhlak Islam' kpd PAN.

      Antara isi kandungan akhlak yg diajar ialah bahawa jika kita menuduh seseorang:
      a. kita tak perlu kemukakan apa2 bukti pun.. yg perlu ialah kita cabar org yg kita tuduh tu agar bawa ke mahkamah.. kan mudah tu;
      b. kita perlu kemukakan fitnah sehingga RM90 juta.. ehhh silap! perlu kemukakan fitnah sehingga 90 mukasurat baru padan muka org yg kena tuduh! (Kalau kita kantoi kemudian takpe, kita boleh mintak maaf di dlm atau di luar mahkamah kelak).

      Hasil dari 'didikan agama' DAP kpd PAN tersebut di atas, maka kini PAN telah menobatkan DAP ke tahap yg lebih tinggi lagi dgn membolehkan DAP menyediakan:
      a. si kaki kelab malam jadi pengerusi Maqasid Syariah;
      b. si kafir lahanat jadi pengerusi mesyuarat belek fatwa negeri.

      Takziah PAN! Mujurlah kami tendang kamu keluar dari PAS tahun 2015 di Kuala Selangor dulu!

      Padam
    2. Terbaik dan setuju 100%.

      Padam
    3. Hehehe..setuju 100%, Pas skrg penuh dgn lebai2 pondan makan rasuah jual agama 90juta duit curi rakyat marhaen.

      Padam
    4. Lebai tokong ajar fitnah mcm ni ke?

      Padam
  5. Rakyat Kelantan akan tolak parti lebai rasuah 90juta peralatkan Islam yg tunduk pada kafir MCA, MIC, GERAKAN dll

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak seru rakyat Kelantan untuk pilih Pakatan Harapan serulah menggunakan ayat-ayat Al Quran dan Al Hadis bukan seru dengan 90 juta, rakyat Kelantan tunduk dan patuh dengan Al Quran dan Al Hadis bukan tunduk dan patuh pada kafir.

      Padam
    2. Setelah gagal dgn 90 mukasurat kini mencuba dgn 90 juta pula.. jangan terkejut jika utk takluk Kelantan akan digunakan alasan mimpi arwah TGNA sehingga 90 kali pula!

      Padam
    3. Setuju 6:58.. mereka sangka kita macam lebai tokong yg tergamak tunduk kpd DAP sejak peristiwa Pangkor 2.

      Padam
    4. Setuju konon..mana Video matsabu tolak hudud tu wanrosli???

      Padam
    5. Harap ulamak PAS tidak spt lebai tokong asyik tunduk layu..

      Padam
    6. Ulamak2 suu Pas lebih tunduk pd duit rasuah 90juta dari Al Quran dan Hadis. Cash is king.

      Pas skrg ramai dgn lebai2 makan rasuah duit haram curi.

      Padam
    7. Sejak bila lebai tokong ajar kamu memfitnah ni? Kamu dgn lebai tokong sama je dasar barua DAP!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...