Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, April 11, 2017

Sifat terbuka, pemaaf TG Nik Aziz jadikan parti pimpinannya diterima semua

Ahmad AwangAhmad Awang
Aura Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sepanjang hampir 25 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan menjadikan Islam dapat diterima oleh kaum Cina dan India di luar Kelantan terutama di Pantai Barat Semenanjung, kata Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang.
"Tidak boleh dinafikan kemenangan Pas di beberapa negeri di Pantai Barat adalah kerana sokongan kaum Cina dan India khususnya setelah terbentuk Pakatan Rakyat di mana Pas bertahalluf (berkerjasama) dengan PKR dan DAP.
"Sikap keterbukaan bidang politik dan sikap pemaaf TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dengan ketinggian akhlaknya, beliau menjadi begitu rapat dengan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang sebelumnya menjadi musuh politik kepartian Pas," ujarnya di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau ketika membentangkan kertas kerja sempena seminar pemikiran bekas Mursyidul Am Pas itu di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) berkata, Nik Aziz bersikap pemaaf walaupun pernah didiskriminasi daripada pihak kerajaan pusat ketika Anwar sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
"Terjalin ikatan yang kukuh di antara Pas dan PKR dan kemudian dengan DAP yang terbentuk melalui usaha DSAI yang kemudiannya amat menghormati TGNA," kata Ustaz Ahmad yang pertama kali bersemuka dengan Nik Aziz ketika mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Barat pada 1974.
Beliau yang ketika itu merupakan Pengarah Dakwah Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri memberitahu Nik Aziz dalam pertemuan tersebut seorang yang berperwatakan sederhana, bersikap lemah lembut, bertutur dengan nada suara rendah serta sentiasa tersenyum.
Mengulas lanjut, Ustaz Ahmad berkata, paling menonjol pemikiran politik Nik Aziz yang begitu terbuka apabila Pas Perak bersama PKR bersetuju membentuk kerajaan campuran dengan DAP yang memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum 2008.
"Pendekatan strategi TGNA untuk menumbangkan Umno-BN begitu terserlah sebaik sahaja tercetus berita DAP Pusat tidak boleh menyokong pembentukan kerajaan di Perak sekiranya jawatan MB (Menteri Besar) diberi kepada Adun Pas," ujar beliau yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Perak.
Mengetahui Lim Kit Siang membuat kenyataan bahawa DAP menarik balik persetujuannya, jelas Ustaz Ahmad, Nik Aziz terus menghubunginya dan meminta supaya keputusan membentuk kerajaan campuran bersama DAP diteruskan walaupun jawatan Menteri Besar bukan daripada Pas.
"Beliau (Nik Aziz) berkata antara lain, 'Anta pasti ingat peristiwa termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah antara Rasulullah dengan pihak musyrikin Mekkah...'.
"Begitulah kata-kata dukungan beliau kepada saya dan Pas Perak untuk membentuk kerajaan bersama DAP. Padahal, pada Subuh yang sama, saya difahamkan beliau didatangi rombongan Mufti Perak untuk mendapat restu beliau agar Pas Perak bersetuju berpakat dengan Umno-BN untuk membentuk kerajaan Melayu-Islam di mana YB (Yang Berhormat) Nizar akan kekal sebagai calon MB," ceritanya lagi.
Terdahulu, ujarnya, keterbukaan pemikiran politik Nik Aziz terbukti dengan penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada 1990 apabila Pas bergabung tenaga dengan Parti Semangat Melayu 46 yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.
"Bahkan sebelum itu TGNA sebagai Ketua Dewan Ulamak Pas terlibat dengan penubuhan pakatan kerjasama Parti SUP dan NASMA, malah juga bekerjasama bagi penubuhan Majlis Perundingan Cina (CCC)," kata Ustaz Ahmad Awang.
Untuk rekod, Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari 2015 jam 9.40 malam di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan pada usia 84 tahun kerana menghidap kanser prostat.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]

18 ulasan:

  1. Tiga hari sebelum pemergian Almarhum Tok Guru, Tok Guru menuturkan satu persoalan kepada isteri kesayangannya,

    “Nanti abang tak dok (meninggal dunia), lepas ini, sapo nak jago Yah?” kata Almarhum Tok Guru pada Datin Sabariah.


    Di belakang Tok Guru adanya Datin Sabariah yang kuat menyokong kerjaya suaminya. Datin Sabariah dan anak-anak sebagai pelengkap kepada kejayaan Tok Guru itu. Isteri memainkan peranan yang besar dalam menentukan kerjaya suami.

    Tidak menyokong permintaan ahli keluarga Almarhum Tok Guru ibarat mengkhianati Almarhum Tok Guru. Tiada gunanya mendabik dada kononnya sayang kepada Tok Guru tetapi tidak sayang kepada apa yang Tok Guru sayang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh...tak sokong sabariah maka tak sayang tok guru... nie mana punya pemikir nie..... kalu macam tu yang mana tak sokong isteri nabi siti aisyah tak sokong nabi ke....... aduh berpikir biar matang sikit saudra..kah...kah...kah

      Padam
    2. Betul tu, kalau kamu tak sokong Aisyah r.a, bermakna kamu tidak menyokong sunnah Rasullullah saw.

      Padam
    3. Kalau ya pun sayang tak payah lah sampai menyamakan almarhum dgn nabi.. tak sangka PAN taksub kpd almarhum TGNA sampai begitu sekali.. syukurlah PAS masih berpada2..

      Padam
  2. ATGNA melarang ahlinya keluar dari jemaah muslim PAS dan tubuhkan parti baharu yang dikawal oleh kafir, fikir-fikir lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ATGNA melarang ahlinya berbaik baik dengan umno yg kuat menipu dan zalim perasuh kecuali kalau umno kembali pada islam, maka terbubarlah pas....fikir-fikir lah.

      Padam
    2. Berbaik2 tu bermaksud tidak berlawan sesama sendiri sebagaimana PAN dan DAP yg juga zalim cuba menghalang RUU utk org Islam.. manakala PAS tetap akan berlawan dgn UMNO dlm PRU nanti..

      Padam
    3. Kalau diizinkan oleh Allah swt, Umno ada peluangnya untuk kembali kepada Islam sebab umno dikuasai oleh orang Islam juga tapi tidak kepada DAP yang jelas dan nyata dikuasai oleh kafir harbi yang menentang Islam, takkan DAP nak kembali kepada Islam pulak, fikir-fikirlah.

      Padam
  3. Betul apa saudara sebut.. tp melevel.. memaki..mengelar..menyamai manusia sama dgn binatang..TGNA adakah tgna.. menyuruh..tambah itu bukan ajaran islam..fikir-fakirlah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu saja ke pendapat kamu? Yang memaki dan melebal semuanya dah jadi PAN, sekarang tiada lagi makian dari PAS.

      ATGNA berusaha untuk memartabatkan hukum Allah swt tapi puak PAN sebaliknya.

      ATGNA tak suruh bawa lari kerusi tapi puak PAN bawa lari jugak.

      Sebab tu ATGNA suruh semua wakil rakyat di Kelantan berbaiah tapi PAN kata baiah menyusahkan mereka.

      Masa ATGNA masih ada takde pulak puak PAN menentang baiah.

      Berhanti la guna nama ATGNA untuk kepentingan habuan dunia dan jawatan, bertaubatlah PAN. Itu sebaiknya buat PAN.

      Padam
    2. Saya dah banyak kali ulang sebelum ini.. tapi saya ulang lagi kali ni..

      Sekiranya seseorang itu seorg doktor maka perlulah melabelnya sebagai doktor. Begitu jugalah jika seseorg itu seorang askar maka perlulah melabelnya sebagai askar. Dan begitu jugalah jika seseorang itu seorang pengkhianat @ barua!

      Ayat menyamai manusia dengan binatang itu adalah amat tidak tepat kerana sebenarnya adalah berbeza antara menyamai dengan mengumpamai sifat.. Harap2 org PAN tidak mudah lupa akan bahasa ibunda sendiri walaupun kini sudah terlalu rapat dgn DAP!

      Padam
  4. Itu masa tgna, sekrg zaman hj hadi dan walaunnya...itu pasal org tentang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejak dari awal penubuhan PAS, dasar dan perlembagaan tidak pernah berubah. Walau siapa pun yang memimpin wajib mengikut kehendak parti bukan individu.

      Parti yang berjuang adalah berdasarkan perlembagaan dan dasar parti itu sendiri bukan dari pemikiran individu, Fahami dulu dasar dan perlembagaan parti, adakah PAS terkeluar dari dasar yang dibawa?

      Padam
    2. Saya yakin org yg dimaksudkan 'tentang' oleh antiug ialah merujuk kepada hanya segelintir org yg kecewa dlm pemilihan muktamar 2015 di Kuala Selangor.. jadi diharap perlulah lebih prihatin kpd penggunaan bahasa ibunda..Kalau diguna perkataan 'memberontak' (lantaran PAS tidak mahu tunduk kpd DAP sebagaimana G18 tunduk layu) instead of 'tentang' adalah lebih tepat..

      Padam
    3. Sudah2 la ckp perkara bodoh wanrosli. Cer tunjuk mana bukti video matsabu tolak hudud tu?????

      Padam
    4. Syukurlah rapiji dah dedahkan kes Nasaruddin Mat Isa.. alhamdulillah TGHH tidak terlibat langsung walau dituduh bertubi2? Bijak sungguh akar umbi PAS mengekalkan beliau sebagai Presiden..

      Padam
    5. Jgn putar alam lagi wanrosli. Cer tunjuk aku mana bukti video matsabu tolak hudud tu?????

      Padam
    6. Betul tu kalau nak kaya tak semestinya jual pil kuda.. jual perabut pun boleh jadi jutawan walaupun hanya seorang pembantu kpd seorg YB.. So sesiapa yg masih jual pil kuda berhijrahlah segera jadi pembantu kpd salah seorg ahli parlimen PH!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...