Iklan : Jom servis Online http://jomservis.blogspot.my/
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berharap ahli-ahli Pas yang menghadiri muktamar tahunan parti itu di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, Alor Setar terhindar daripada bahaya akibat bencana ribut yang melanda di kawasn itu lewat petang tadi.
"Kejadian tidak disangka-sangka, angin ribut yang melanda Kedah dan turut melintasi Batu 9, di mana kawasan Muktamar Parti Islam sedang berlangsung sehingga ada kerosakan dan kecederaan, sangat mengejutkan kita semua.
Bekas Timbalan Presiden Pas itu turut mendoakan mereka yang mengalami kecederaan agar pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.
"Ujian daripada Allah berlaku kepada sesiapa jua mengikut takdir dan kehendak-Nya. Sebagai orang Islam, kita perlu redha dengan ketentuan dan sedikit ujian ini.
"Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada mangsa yang tercedera. Semoga Allah memberi ketenangan kepada kita semua. Kepada Allah jua tempat kita berlindung," tambahnya lagi.
Amanah Kedah juga merakamkan simpati dan takziah kepada seluruh pimpinan, perwakilan serta pemerhati Muktamar Pas ekoran kejadian ribut kencang luar biasa yang melanda kawasan muktamar.
"Semoga semua dapat bertenang dan bersabar di atas kejadian yang di luar kekuasaan manusia untuk menghalangnya.
"Diharap semua yang cedera dirawat dan segera sembuh, khemah-khemah yang roboh menyembah bumi akan dapat segera dibaiki.
"Didoakan agar muktamar dapat diteruskan seperti dijadualkan oleh panitia muktamar," kata pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.
Beberapa foto yang mulai tular di media sosial menyaksikan sejumlah khemah musnah dilanda ribut manakala kenderaan bomba dan penyelamat dilihat berada di lokasi kejadian.
Beberapa ambulan berkejaran ke kawasan muktamar manakala yang cedera di bawah ke Hospital Sultan Bahiyah, Alor Setar.
Menurut saksi, kejadian berlaku secara tiba-tiba kira-kira jam 7.30 malam ketika orang ramai bersiap mahu menunaikan solat magrib.
mdl
Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]
Setuju.. ini semua ujian Allah.. pastinya PAS redha..
BalasPadamHahaha Patti Anutan Syaitan = PAS
BalasPadamAllah SWT dah turun BALA pada kafirharbi PAS
Kalau benar2 kamu sokong UMNO,
PadamUntuk Mu Naif Otak!
Tapi kalau kamu sekadar menyamar,
Parti Ahli Neraka!
Boleh ke?
Hebat kau bhai, tahu pulak itu bala dari Allah swt, kenapa UMNO/BN yang tak kena bala bhai? Kezaliman sepatutnya yang dapat bala, hebat kau bhai boleh tahu itu satu bala dari Allah swt pada PAS, tapi pelik pula kenapa UMNO/BN tak kena bala?
Padamumno/bn tak berlobai bila bermaksiat bhai.. masalah besar pd umat ialah apabila pemimpin yg berserban dan berjubah terpesong.. itu bahaya bhai. yg mengubah isi kitab injil dulu pun ialah para pendeta, ahli agama bukan tukang kasut bhai. tu pasal ramai percaya.
PadamMelawak memang mudah bhai, apa pulak maksiat yang lobai buat bhai, apa yang lobai PAS buat pada Al-Quran bhai, kat mana terpesongnya bhai?
PadamFitnah memang mudah je bhai asal hati puas, cuba bagitau dengan jelas apa yang terpesong?
Walaupun umno/bn tak berlobai tapi mereka masih beriman bhai, berbeza dengan dap bhai, orang beriman akan diuji bhai, ke kamu tak faham bhai?
Padam