Hanya individu terbaik akan dipilih mewakili Amanah sebagai calon bertanding pada pilihan raya umum akan datang bahkan bagi mengisi tempat sebagai ahli majlis dan ketua kampung, tegas Timbalan Pengarah Strategi Amanah Nasional, Ir Izham Hashim.
Ujarnya, penentuan tersebut berpandukan mekanisme dengan kriteria tertentu melibatkan penyertaan segenap peringkat dalam parti itu.
"Kita pilih yang terbaik dalam kalangan kita. Nak pilih terbaik kita mesti ada set kriterianya terlebih dahulu. Saya bentang di peringkat nasional sebelum ini. Saya buat berdasarkan pengalaman. Ini budaya baru kita dalam Amanah.
"Kawasan akan beri cadangan tiga nama (calon). Kita juga akan meraikan pandangan daripada Pemuda dan Awan (Angkatan Wanita Amanah). Kemudian, negeri akan susun ketiga-tiga nama di setiap Dun dan Parlimen ini.
Iklan : www.gajimasyuk.com
"Selanjutnya, negeri akan hantar (senarai) kepada nasional untuk diteliti lagi mengikut segala kriteria dan akhirnya keputusan adalah di peringkat nasional bukan negeri," jelasnya ketika diwawancara Malaysia Dateline di pejabat beliau di Shah Alam baru-baru ini.
Pengerusi Amanah Selangor itu berkata, praktik berkenaan berbeza dengan pengalamannya dalam Pas sebelum ini bahkan melalui sistem sedia ada turut relevan untuk pemilihan ahli majlis jika menang pada pilihan raya umum nanti.
"Jangan ada terbawa-bawa amalan (parti) lama. Saya kata, hentikan ugut-mengugut. Kita di Amanah ini bawa budaya baru. Bukan kerana dia kawan aku maka dipilih. Tidak.
"Pemilihan ahli majlis pun mesti melalui proses sama untuk kita dapatkan pemimpin terbaik mwewakili parti. Saya tidak akan berkompromi hal-hal itu di Selangor ini. Sistem kita pada masa ini berbeza dengan cara parti dulu, tak tahu sistem," ujarnya.
Mengulas lanjut, Izham menyifatkan pemimpin Amanah dalam mana-mana jawatan yang diamanahkan sebenarnya adalah 'duta parti' yang perlu membawa mesej parti Islam itu dalam tindak-tanduk mereka.
"Jadi, sebarang perkara negatif seperti terlibat dalam kes rasuah dan sebagainya, akan ditolak. Kita akan potong awal-awal. Kita 'zero tolerance' kepada unsur-unsur yang penyelewengan, salah guna kuasa seperti yang kerap diingatkan oleh Presiden.
"Kita tidak mahu menjadi parti bermasalah. Kita sudah mulakan profilkan calon supaya apa jawatan yang melibatkan Amanah dalam mana-mana jawatan di peringkat kerajaan, kita ada proses evaluasi atau penilaian yang tersusun dan mantap yang akan menjadikan Amanah ini parti yang disegani.
"Siapa yang Amanah hantar untuk posisi di GLC (badan berkaitan kerajaan), ahli majlis, ketua kampung, dia sememangnya layak. Inilah harapan dan cita-cita kita. Sifat amanah itu mesti dizahirkan dalam tindakan kita," katanya.
Sehubungan itu, Izham menyeru semua pimpinan dan ahli parti tersebut sentiasa menjadikan Amanah sebagai parti yang sentiasa berfikir dan giat melakukan penambahbaikan.
"Kita kena hadapi cabaran. Jangan siang malam beretorik kosong, tiada isi nak beri pada rakyat. Kita kena rajin dan banyak membaca, berbincang dan berdialog hal-hal ilmiah yang menyentuh rasa peduli rakyat.
"Jangan kita hanya bercerita tentang isu dan skandal saja tapi kita sendiri tiada usaha mendalami ilmu dalam bidang-bidang berkaitan pentadbiran dan pengurusan masyarakat ini," tegas pemegang Ijazah Kejuruteraan Awam dari Universiti Newcastle itu.
Menurutnya, Amanah perlu ada jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah rakyat sesuai dengan prinsip progresif yang dipegang oleh parti.
"Kalau orang minta penyelesaian, jangan kita tidak tahu nak buat. Tentang RUU (Rang Undang-undang) 355, berapa peratus saja yang tahu? Hanya sekitar 10 peratus saja.
"Di Malaysia ini, masalah besar kita malas membaca tapi suka baca Facebook saja. Cerita-cerita kosong. Kena rajin membaca perkara yang sesuai contoh macam ekonomi. Kena tahu bajet, faham bagaimana inflasi berlaku.
"Asas kena tahu. Nak jadi pemimpin kena tahu benda-benda asas berkaitan pengurusan masyarakat ini," tambahnya lagi.
Dapatkan akhbar mingguan Amanah Bil 46, 9-15 April akan datang untuk mengikuti temubual lanjut bersama Izham yang turut mengupas usaha memajukan sosio-ekonomi rakyat di Selangor dan Malaysia secara keseluruhannya.
mdl
Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]
Diharap individu yg dipilih tidak termasuk para pengkhianat kerana bimbang akan ditolak oleh para pengundi terutama Melayu Islam!
BalasPadamLaaaa dok melalak sana sini tp smpi skrg xda tunjuk bukti video matsabu tolak hudud.... Fitnah tu dosa besar wahai wanrosli. Aku hanya memhingatkanje..
PadamSemoga mat sabun dan yg sewaktu dgnnya secara terbuka memyokong ruu355.
PadamRasa2nyer tak akan mgkin krn anjeng tak akan mgkin mggigit tuannya...hehehe
Harap husam juga sedar terutama terhadap org yg telah kembali ke rahmatullah!
PadamJgn dok tuduh2 org wanrosli. Aku tanya ni betul lah kan wanrosli menfitnah.? Smpi skrg tiada video matsabu tolak hudud tu kan....masa bila plak usam fitnah? Nik aziz kan dah mati. Kalau sekiranya nik aziz masih idup tertubuhnya pan dan nik aziz xmasuk pan barulah fitnah.. Nape benda simple mcm ni pun wanrosli xleh hadam.sekolah darjah brp ni wanrosli?? Dah tu jgn lari tajuk kasi alasan tengin..sila tunjuk mana video matsabu tolak hudud???
PadamBetul lah tu.. harap husam jgn lah fitnah org yg dah mati masuk PAN!
PadamTerbaik tu dari segi mana? Terbaik kerana patuh dan tunduk pada DAPigs, terbaik kerana akhlak rosak atau akhlak mulia? Terbaik tu kaki mabuk atau perempuan atau kaki kelab malam? Terbaik kerana paling banyak rompak harta rakyat, terbaik kerana rasuah atau terbaik dari segi iman dan taqwa ya kepada Allah swt?
BalasPadamMungkin tontowi tgk video german tu yg lagi terbaek. Kehkeh
PadamOrg yg fitnah tontowi tu kaki kelab malam.. hanya barua DAP je yg percayakan fitnah tu..
PadamSiapa yang terbaik dalam PAN? Semuanya pencuri dan pengkhianat.
BalasPadamOoo.yg rompak balak kelantan tu pan la yer...baru aku tau pan yg perintah kelantan yek.kehkehkwh...budak tadika mana tulis nih.kahkahkahkah
PadamBukan PAN tapi geng bekas EXCO..
PadamHusang lah individu paling layak untuk menjadi calun sebabnya banyak asas yang beliau tahu hingga menjadi batu asas.....kahkahkahkah
BalasPadamSaman usang pun xberani. Kecoh pas nk samang usang tp takut
PadamKahkahjahjah
Patutnya kamu kata kenapa usang x berani bagi bukti..
PadamNak bukti ajak ketua lebai hancing jumpa husam di mahkamahlah. Tak berani maknanya parti lebai ramai pondan.
PadamKami tak perlu bukti pun.. Husang yg kena bagi bukti.. tak bagi tak pe.. yg penting imej TGHH tetap segar mekar di hati kami para akar umbi..
PadamPAN kata SIS boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Ulama di Malaysia khasnya dalam isu berkaitan perundangan Islam.
BalasPadamItu hanya untuk ulamak Pangkor 2 je..
PadamPakar Strategi putar belit Rapiji kata beliau ada bukti individu yang rapat dengan PAS menerima dana 1mdb, melalui akaun Najib. Hebat mainan Rapiji. Kena faham betul2 putar belit ni!
BalasPadamDulu pun dia kata TSKI ada 90 jugak kesalahan.. silap.. 90 mukasurat kesalahan.. kesudahannya dia dan saifudin nasution mintak maaf drpd TSKI di luar mahkamah..
PadamJgn ikut resmi parti lebai malang gadai agama Pas. Makan duit haram 90juta hasil rompakan terbesar di dunia pun boleh jd ketua lebai hancing.
PadamIni hanya fitnah! Bagaimana pula husam dan Genting? Fikir2kanlah..
Padam