Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, April 07, 2017

PANAS!! Ekoran sandiwara RUU 355, Rafizi mahu dedah dana 1MDB kepada Pas

Rafizi bercakap dalam sidang media Pakatan Harapan di bangunan Parlimen.Rafizi bercakap dalam sidang media Pakatan Harapan di bangunan Parlimen.
Penangguhan perbahasan usul Rang Undang-undang Akta 355 oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini menimbulkan kembali isu penyaluran dana kepada para pemimpin Pas oleh perdana menteri, namun kali ini membabitkan wang 1MDB.
Yakin bahawa isu RUU 355 akan dijadikan modal politik oleh Umno dan Pas bagi meraih sokongan rakyat, ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli tidak mahu menunggu lama untuk mendedahkan skandal tersebut memandangkan pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.
Bercakap pada sidang media ahli parlimen Pakatan Harapan di bangunan Parlimen sebentar tadi, Rafizi berkata harapan pemimpin Umno dan Pas supaya Pakatan Harapan berpecah ekoran sandiwara RUU 355 adalah meleset.  
"Kami telah bersetuju untuk menangani isu ini (RUU 355) secara berhemah sebagai satu pakatan," tegasnya.
Menurut Rafizi lagi, oleh kerana pilihan raya umum mungkin diadakan sebelum sidang parlimen akan datang, beliau tidak akan menunggu untuk mendedahkan dokumen berkaitan penyaluran dana 1MDB kepada para pemimpin Pas.
Walaupun pada awalnya Pakatan Harapan mahu mendedahkan isu ini secara berhemah, namun Rafizi berkata insiden hari ini mendorong pendedahan itu dibuat segera.
Beliau juga menunggu reaksi daripada para pemimpin Pas dalam tempoh seminggu dua ini sebelum melakukan pendedahan.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Rafizi tidak perlu membuat cabaran tersebut.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Kota Bharu itu mahu Rafizi membuat laporan terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Rafizi tak perlu cabar, jalan terbaik adalah beliau membuat laporan kepada SPRM dan serahkan bukti itu untuk disiasat," kata Takiyuddin kepada Malaysiakini.
Ketika diminta mengulas adakah Pas akan mendedahkan perkara tersebut jika mempunyai maklumat, Takiyuddin bagaimanapun menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
"Kalau kita ada maklumat kita akan siasatlah dan kalau ada kes kita akan serah kepada pihak berkuasa," kata Takiyuddin.
Ditanya apakah motif di sebalik tindakan Rafizi itu, Takiyuddin berkata beliau juga tidak jelas berkaitan perkara itu.
"Saya pun tak faham (motif Rafizi) tapi saya rasa Rafizi bukan jenis begitu, saya pun terkejut juga.
"Saya tak dengar dari mulut dia sendiri dia cakap bagaimana. Jadi saya tak dengar, nak tengok dia cabar macam mana dan saya tak boleh nak komen lebih tapi secara umumnya begitulah," tambah Takiyuddin.
mdi

Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]

14 ulasan:

  1. Rapiji kata individu yang rapat dengan PAS bukan ahli atau pemimpin PAS, kena faham betul2 putar belit nih.

    BalasPadam
  2. Gurau je tu..si parlimen pondan, sorry Pandan, ni kan suka bergurau....

    BalasPadam
  3. Harap2 kali ni lebih dari seratus mukasurat barulah tak perlu mintak maaf di luar mahkamah..

    BalasPadam
  4. Biasa sgt dgn taktik babi rapiji pondan nie.Slps dia berhalusinasi...dia akan tuduh org lain bagi dadah.
    Apa2 pon..cerita paling lawak yb pondan nie ialah adegan dia tersipu2 malu mencium tangan mahdey dan anaknya.Sblm ini bukan main yb pondan mengutuk mahdey dan warisnya tapi segala tuduhan tersebut hilang begitu shj setelah mahdey pijak kepala dia....hehehe
    Tak sangka bukan main hebat berkokok tapi nyata dia mmg pondan sejak azali...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat belum dengar lg sidang akhbar lebai2 pondan PAS menafikan ambik duit rasuah haram 90juta hasil songlap ketua penyamun 1mdb.

      Parti lebai pondan gadai agama 90juta kecut nak saman SR, Husam dan Rafizi.

      Padam
    2. Sejak berbaik dgn DAP aku berbaik sangka bahawa PAN boleh mengambil peluang berdakwah kpd DAP. Tapi rupa2nya DAP yg sebaliknya telah mengajar 'akhlak Islam' kpd PAN.

      Antara isi kandungan akhlak yg diajar ialah bahawa jika kita menuduh seseorang:
      a. kita tak perlu kemukakan apa2 bukti pun.. yg perlu ialah kita cabar org yg kita tuduh tu agar bawa ke mahkamah.. kan mudah tu;
      b. kita perlu kemukakan fitnah sehingga RM90 juta.. ehhh silap! kemukakan fitnah sehingga 90 mukasurat baru padan muka org yg kena tuduh! (Kalau kita kantoi takpe, kita boleh mintak maaf di dlm atau di luar mahkamah kemudian).

      Hasil dari 'didikan agama' DAP kpd PAN tersebut di atas, maka kini PAN telah menobatkan DAP ke tahap yg lebih tinggi lagi dgn membolehkan DAP menyediakan:
      a. si kaki kelab malam jadi pengerusi Maqasid Syariah;
      b. si kafir lahanat jadi pengerusi mesyuarat belek fatwa negeri.

      Takziah PAN! Mujurlah kami tendang kamu keluar dari PAS tahun 2015 di Kuala Selangor dulu!

      Padam
  5. Semalam apabila berdirinya TGHA hendak membentang usul ruu355 maka berdiri dan memekiklah kafir2 harbi yang cuba melambatkan pembantangan oleh TGHA umpama syaitan yang terkencing apabila mendegar adzan.

    Ahli Parlimen Islam pembangkang pun dah macam orang sasau jadinya, terpekik terlolong kerana tak mahu dengan keindahan agama sendiri.

    Mereka sebenarnya marah pada TGHA dan PAS kerana secara tak langsung TGHA meletakkan mereka didalam situasi yang mereka sendiri belum bersedia, mereka diuji dengan kuasa, mereka keliru dan mereka takut dengan kehilangan jawatan yang dimiliki.

    Rakyat akan menilai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang2 puak ko gelar org kafir harbi..jenis bodo piang berlagak alim..kalau puak ko ni hidup zaman saidina Umar,dah lama kena penggal kepala..asyik nk mengkafir jan org..Ptuih!!

      Padam
    2. Senang2 pulak kafir menentang syariat Islam, itulah dinamakan kafir harbi, kamu sokong karfi harbi? Bagus, sebab kamu dah berjaya diperbodohkan oleh kafir harbi.

      Padam
    3. Bahasa seorang barua akan tergamak menukarkan perkataan Pembentangan kepada Sandiwara.

      Padam
    4. Akta sekular ruu355 ditangguhkan bahas/undi atas arahan BN. Pas parti lebai hancing dah jd barua mca, mic, gerakan dll.

      Padam
    5. Jadi barua DAP lebih KEBARUAANNYA kerana sebelum pembentangan RUU 355 takde pulak penentangan dari MIC MCA dan sebagainya..

      Padam
    6. Sudah2 la ckp perkara bodoh wanrosli. Cer tunjuk mana bukti video matsabu tolak hudud tu?????

      Padam
    7. Hari tu dia kata arwah masuk PAN dan kini restu kerjasama dgn Tun M. Betapa hinanya dia ni letakkan taraf arwah TGNA iaitu disamatarafkan dgn barua DAP dan kini dgn Pengkhianat Negara yg takde banyak bezanya dgn Najib..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...