Iklan : WWW.KELABSIMKAD.COM
Pakatan Harapan sudah mempunyai strategi tersendiri jika permohonan mereka untuk mendaftarkan badan gabungan itu ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pendekatan itu telah dipersetujui oleh pimpinan Pakatan Harapan di peringkat pusat.
"Kalau logo yang kita daftarkan nanti ditolak, kita sudah ada strategi sendiri dan akan gunakan satu logo juga sebagaimana yang telah dipersetujui," kata Wan Rahim dalam ceramahnya di Jalan Yaakubiah, Kota Bharu malam ini.
Majlis Sekretariat Pakatan Harapan telah bermesyuarat hari ini bagi membuat persiapan dari segi struktor, perlembagaan dan logo gabungan empat parti politik itu.
Ketiga-tiga perkara itu akan dibawa kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dijangka akan bermesyuarat minggu depan untuk diluluskan.
Selepas ia diluluskan, Pakatan Harapan akan didaftarkan kepada RoS lengkap dengan struktor, perlembagaan dan logo barunya.
Sebelum ini, Pakatan Harapan telah mencapai kata sepakat untuk menyertai pilihan raya umum ke 14 nanti dalam satu pasukan yang mempunyai satu logo, satu manifesto dan satu calon bersama.
Usaha untuk membuat perkara itu seringkali ditekankan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagi Tun Mahathir, itulah formula kemenangan BN selama ini iaitu mempunyai satu logo, satu calon dan satu manifesto bersama.
mdl
Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]
Tak perlu mengabui mata pengundi.. Logo macam mana pun org tetap tahu DAP ada kat dalam tu..
BalasPadambiaq pi la kat depa, satu logo ke sepuluh logo ke yg hang dok lorat sangat pasai apa..
BalasPadamGuna apa2 logo...baunya tetap hancing dan haprak
BalasPadamKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH
Hancing laa sebab tak saman2 lg sampai sekarang...bodoh piang pis pus
PadamNampak sangat lebai tokong tak ikut perkembangan terkini.. cuba check sikit status terkini..
PadamAsal berkomentaer sahaja, muncul perkata maki hamun dan carut marut. Tuan-tuan ni orang Islam, bukan Islam, atau tak ada agama? Sila jawab...
BalasPadamAsal berkomentar sahaja, muncul perkataan maki hamun dan carut-marut. Tuan-tuan yang berkenaan ni orang Islam, bukan Islam, atau tak ada agama? Sila jawab supaya mudah pengundi macam saya ni buat pilihan.
PadamSenang je nak buat pilihan, kan Al-Quran dah menegaskan kepada umat Rasulullah saw agar memilih pemimpin dari kalangan jemaah muslim bukan mengambil pemimpin dan bersekongkol dengan kafir.
PadamPercakapan kekadang kasar bergantung pada keadaannya, perbuatan jahat dan tidak bermoral, perasuah, pemfitnah, kaki betina dan kaki kelab malam sepatutnya dijauhi bukan hanya dinilai dari percakapan saja, bahkan perbuatanlah yang boleh mendatangkan kerosakan. Ada akal fikir-fikirkan lah.
Setuju 10:33
Padam